Azman Hamzah Plastik bina kilang tangki bahan api plastik pertama negara

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd (AHP) dan Sakamoto Research and Development Holdings Ltd (SRD) telah bergabung untuk membina kilang tangki bahan api plastik untuk automotif yang pertama di Malaysia. Kedua syarikat itu telah bersetuju untuk menubuhkan syarikat perkongsian, Sakamoto Mfg Malaysia Sdn Bhd (SMM) dan kilang mereka akan beroperasi di Banting, Selangor. SRD memegang majoriti saham sebanyak 70 peratus sementara AHP memegang bakinya. Seramai 30 orang pekerja tempatan akan digunakan oleh kilang tersebut, dibantu oleh empat orang dari Jepun. SRD juga turut bekerjasama dengan Malaysia Automotive Institute (MAI) untuk membantu mempromosi dan menggalakkan pemindahan teknologi pembuatan tangki bahan api plastik, pembangunan tenaga kerja dan membantu membangunkan lagi industri pembuatan komponen negara. Menurut Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif MAI, tangki bahan api plastik sudah menjadi teknologi utama dalam pembikinan kenderaan global. [caption id="attachment_15688" align="aligncenter" width="1000"]Tangki bahan api jenis plastik direka agar muat di celah-celah kerangka kenderaan. Tangki bahan api jenis plastik direka agar muat di celah-celah kerangka kenderaan.[/caption]   "Ia boleh direka untuk dimuatkan dalam kerangka kenderaan dengan lebih baik. Ini akan menambahkan lagi saiz kandungan bahan api serta mengurangkan kos pembinaan kenderaan kerana plastik lebih murah diproses,' terang beliau. Keuntungan bagi pengguna pula ialah tangki plastik ialah 30 peratus lebih ringan dari tangki bahan api jenis besi. "Oleh kerana ia lebih ringan, ia akan menjimatkan penggunaan bahan api dan menurunkan kadar pelepasan karbon," sambung Madani. [caption id="attachment_6647" align="aligncenter" width="300"]Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif MAI. Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif MAI.[/caption] "Perkongsian ini dilihat akan membantu negara dalam menghasilkan pakar-pakar dalam teknologi pembuatan tangki bahan api plastik. Ini penting untuk kemajuan negara dalam industri automotif," terang beliau lagi. SMM akan menghasilkan sebanyak 70,000 unit tangki bahan api plastik pada penghujung tahun 2017. Antara pelanggan SRD di Jepun ialah Daihatsu, Honda dan Toyota, di mana kesemuanya mempunyai operasi pemasangan kenderaan di Malaysia. Syabas Careta ucapkan kepada kakitangan Azman Hamzah Plastik.