Azani - supercar elektrik 1,000 hp dari India

oleh Mohamad Hanif|
Azani bukanlah nama seorang makwe, akan tetapi ia merupakan nama sebuah supercar (atau hypercar) berkuasa elektrik yang lahir dari negara India.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat Mean Metal Motors mendakwa supercar elektrik ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,000 kuasa kuda dan daya kilas 1,000 Nm, membolehkan pecutan sepantas 2.1 saat dari 0-96 km/j.

Sementara kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 354 km/j.
 

Azani


Pek bateri berkapasiti 120 kWh pula membenarkan jarak operasi sejauh 523 km untuk sekali cas penuh.

Walaupun ia sebenarnya masih lagi di peringkat konsep digital, namun Mean Metal Motors mendakwa mereka membangunkan casis monocoque daripada gentian karbon, serta struktur remuk daripada aluminium.

 

Azani


Tidak menumpukan kepada prestasi di garis lurus semata-mata, Azani juga turut dilengkapi dengan sistem suspensi jenis double-wishbone, peredam adaptif dan sstem stereng berkuasa elektronik untuk pengendalian yang boleh dipercayai.

Sistem pemberhentian supercar ini menggunakan brek cakera jenis seramik karbon, dan tidak ketinggalan sistem bantuan pemandu seperti kawalan jelajah adaptif, sistem pemantauan titik buta, sistem pengelakan pelanggaran, brek kecemasan serta penukaran laluan automatik.
 

Azani


Sehingga saat ini, tidak dapat dipastikan bilakah Mean Metal Motors akan memulakan produksi supercar Azani ini, namun tempahan sudah pun dibuka bagi mereka yang berminat.

Sudah pasti, harganya bukanlah semurah supercar Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kumpulan terakhir R8 telah dilancarkan dari barisan pemasangan di kilang Audi Böllinger Höfe di…
Berita Global
Operasi yang dilakukan baru-baru ini turut merampas kenderaan yang dimiliki oleh ketua penjenayah,…
Berita Global
Selepas melancarkan model V10 GT RWD pada tahun lepas, tiba giliran Audi Jepun untuk melancarkan R8…