Azam 2019 Volkswagen Malaysia - jadi jenama lima bintang di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) optimis pertumbuhan jualan yang lebih baik untuk tahun 2019 melihatkan kepada perkembangan positif yang dicatat pada tahun lalu. 

Tahun 2018 mencatatkan sebanyak 7,001 unit kenderaan Volkswagen berjaya dijual, dengan peningkatan sebanyak 15.8% berbanding tempoh yang sama tahun 2017. 

Ini turut disumbangkan oleh tempoh pengecualian daripada cukai pada Jun sehingga September tahun lalu, menurut Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM.
 


Bagi merancakkan lagi pasaran tempatan tahun 2019, VPCM turut mengesahkan kemasukan dua buah model sedan, VW Arteon dan VW Passat facelift yang baharu diperkenalkan di Eropah pada awal tahun lalu.

Model hatchback Polo MK6 pula nampaknya masih lagi samar-samar kehadirannya untuk pasaran Malaysia.

Untuk tahun ini, Volkswagen akan menggiatkan lagi usaha penambahbaikan terhadap kadar kepuasan pelanggan menerusi aspek jualan serta perkhidmatan selepas jualan. 

Ini termasuklah memperkenalkan tempoh jaminan lima tahun tanpa had perbatuan yang kini menjadi standard untuk kereta Volkswagen, selain memperuntukkan masa tuntutan jaminan kepada lima hari waktu bekerja. 
 


Penambahbaikan demi penambahbaikan yang dibuat oleh VPCM turut menyaksikan pengurangan sehingga 98% bagi kes-kes baikpulih ulangan sejak daripada tahun 2014, terutama bagi kes-kes melibatkan kotak gear yang sering dihadapi oleh para pelanggan Volkswagen sebelum ini. 

Ketersediaan stok alat ganti juga turut diberikan perhatian oleh VPCM yang memperuntukkan sehingga 95 peratus peralatan tersedia daripada gudang serantau alat ganti yang terletak di Johor Bahru.

Ini membolehkan para pelanggan mendapatkan stok alat ganti dalam masa yang lebih singkat. 

 


Untuk meningkatkan kadar kecekapan serta kos operasi di seluruh negara, VPCM mengambil langkah drastik yang menyaksikan beberapa pengedar dan pusat servis ditutup. 

Namun, menurut pihak pengurusan, VPCM kini mempunyai sembilan buah pusat pengedar bertaraf 4S dan 15 buah pengedar 3S di seluruh negara dan jumlah tersebut adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan dan memberikan servis yang terbaik. 

 


Volkswagen juga berhasrat untuk melancarkan penjualan kereta pra-milik Das Welt Auto yang dijangka akan memulakan operasi pada suku ketiga tahun ini. 

Das Welt Auto menawarkan jaminan sehingga setahun dan usah risau kerana setiap kenderaan yang dijual di sini akan melalui pemeriksaan 133 mata oleh pakar yang terlatih bagi memastikan kualiti tetap terjamin. 

Kesemua poin di atas adalah sebahagian daripada langkah-langkah yang bakal diambil oleh VPCM dalam usaha untuk menjadikan jenama Jerman tersebut bertaraf lima bintang menjelang tahun 2022.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini adalah berdasarkan semakan di laman web rasmi Volkswagen Malaysia di mana model tersebut telah…
Berita Domestik
Kerjasama itu merupakan sebahagian daripada kempen We Drive Footbal yang dilancarkan baru-baru ini…
Berita Domestik
Langkah ini turut melibatkan semua pusat pengedar dan pusat servis di seluruh negara, namun…