Axle Sports pimpinan Alex Yoong sertai Le Mans Virtual Series bermula 25 September ini

oleh Mohamad Hanif|
Axle Sports dilaporkan akan menyertai acara perlumbaan maya Le Mans Virtual Series yang dijadualkan berlangsung pada 25 September ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasukan yang dipimpin oleh pelumba negara, Alex Yoong itu telah dipilih sebagai salah satu daripada 31 buah pasukan yang akan 'bertempur' dalam perlumbaan maya untuk musim kedua berturut-turut.

Perlumbaan Le Mans Virtual Series bakal bermula pada 25 September ini yang menampilkan lima pusingan perlumbaan, dan ia akan dimulakan dengan perlumbaan endurance empat jam di Monza.
 

Axle


Menurut Alex, beliau percaya pasukannya bakal menunjukkan kehebatan yang tersendiri pada tahun ini.

Mereka menampilkan salah seorang daripada pelumba simulasi terpantas negara, Naquib Azlan yang baru-baru ini memenangi eRacing GP Global Edition yang dianjurkan pada bulan Mei 2021.

Naquib Azlan akan dibantu oleh rakan sepasukan Josh Purwien (Australia) dan pemandu Team Flash, Muhammad Aleef (Singapura) untuk jentera #21 di dalam kelas LMP, sementara jentera #61 kelas GTE akan dipandu oleh Alister Yoong (Malaysia), Mikko Nassi (Singapura) dan Inigo Anton (Filipina).
 

Axle


Pusingan akhir 24 Hours of Le Mans Virtual ini akan berlangsung di acara Autosport Internatoonal 2022 di Birmingham, UK pada 15 dan 16 Januari 2022, dan disiarkan secara langsung menerusi kaca TV.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara yang berlangsung selama dua hari di ibu pejabat UMW Toyota Motor Sdn Bhd Shah Alam itu turut…
Berita Domestik
  UMW Toyota Motor (UMWT) menjadi syarikat automotif pertama yang menyokong perkembangan aktiviti…