Axia merah dirakam culas bayar tol LKSA RM1.56

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Perodua Axia dirakam culas membayar tol di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), baru-baru ini.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Video berdurasi 15 saat itu tular di media sosial yang memaparkan aksi kereta dipercayai mengikut rapat kenderaan di hadapanya bagi melepasi palang tol.

Menurut hantaran di laman Facebook, kejadian yang berlaku pada Ahad lalu itu di Seksyen 24 Shah Alam menghala ke Kota Kemuning, di mana kadar tol yang dikenakan untuk kenderaan Kelas A hanyalah RM1.56 sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk makluman, hattchback segmen A Perodua Axia generasi pertama telah pun dihentikan produksinya…
Berita Domestik
Perodua turut mendedahkan beberapa perincian penting berkenaan Axia D74A tersebut di laman sesawang…
Berita Domestik
Menurut laporan dari media Indonesia iaitu Autonetmagz, Perodua Axia baharu bakal mendahului trio…