Axia D74A bakal debut pada Februari, lebih awal dari Ayla dan Agya untuk pasaran Indonesia

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Berita mengenai generasi baharu Axia atau dikenali dengan nama D74A pada tahun ini dilihat semakin rancak dengan jangkaan pelancarannya pada bulan Februari 2023, apa yang menariknya, Axia D74A turut dikata bakal debut sebelum 2 kembarnya iaitu Daihatsu Ayla dan Toyota Agya untuk pasaran Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan dari media Indonesia iaitu Autonetmagz, Perodua Axia baharu bakal mendahului trio tersebut dengan pelancaran pada bulan Februari, manakala Daihatsu Ayla dan Toyota Agya akan menyusul pada bulan Mac 2023.

Perkara tersebut merupakan sesuatu yang baharu untuk Perodua terutama sekali terhadap model dengan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), jika dilhat pada model lain seperti Ativa, ianya merupakan model ketiga yang dilancarkan dari asas Toyota Raize selepas Daihatsu Rocky.

 

2

 

Pada tahun 2020, Perodua telah mengumumkan kerjasama yang melibatkan model baharu dari platform DNGA, dimana hasil kerjasama itu dapat dilihat dengan penghasilan beberapa model baharu dengan sentuhan Perodua sendiri.

Perodua Axia D74A juga bakal dibina berasaskan platform DNGA, dimana ianya akan memiliki reka bentuk Perodua yang tersendiri, berbeza dari Ayla dan Agya, setakat ini Perodua masih tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai Axia D74A yang dijangka tiba pada Februari tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sedan Perodua Bezza masih lagi merupakan model terlaris di mana sebanyak 40,555 unit telah terjual…
Berita Domestik
Menurut laporan Astro Awani, tiga suspek tersebut ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth…
Berita Global
Isu terbaharu itu menjejaskan kira-kira 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan…