AXA kolaborasi dengan Finology tawar solusi insurans motor digital

oleh Mohamad Hanif|
AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) dengan kerjasama Finology Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik bagi menawarkan solusi digital bagi insurans motor yang mampu meningkatkan tahap pengalaman pengguna serta mencapai segmen pelanggan baharu.

Kerjasama strategik ini bakal menjadikan Finology sebagai pemacu pengedaran digital untuk AXA dengan memanfaatkan keupayaan teknologinya dalam menawarkan produk insurans yang ringkas, dan khusus untuk platform digital berkecekapan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Emmanuel Nivet menjelaskan, kerjasama ini akan meningkatkan lagi kebolehpasaran AXA di dalam ruang digital dan membolehkan pelanggan mendapatkan perlindungan dengan lebih mudah menerusi saluran pilihan mereka pada bila-bila masa.

"Kami percaya proses digitalisasi merupakan satu langkah untuk mara ke hadapan dalam menyokong dan memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan," tambahnya.

Menerusi laman web sub-jenama Finology, Loanstreet.com.my, pelanggan juga boleh mendapatkan tarif harga segera bagi insurans kereta atau motor yang ditawarkan oleh AXA, dan melakukan pembelian atau pembaharuan insurans dalam masa kurang lima minit.

Menurut Robin Ang, Pengarah Eksekutif Finology menjelaskan, "disebabkan pandemik COVID-19, terdapat peningkatan sebanyak lima kali ganda urus niaga dalam talian, sangat berbeza jika dibandingkan ketika kami memperkenalkan platform dalam talian ini pada tahun 2019.

"Kerjasama dengan AXA mampu memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan kami untuk mendapatkan polisi daripada salah satu syarikat insurans terkemuka di Malaysia," jelasnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aaron O'Halloran, warga British berusia 31 tahun itu dikesan memandu SUV off-road itu di Stesen…
Informasi
  Malaysia tidak terkecuali dan di sini ialah tiga cara utama peminat automotif boleh menggunakan…
Berita Domestik
AmGeneral pada ketika ini dimiliki 51 peratus oleh AmBank Group manakala 49 peratus lagi oleh…