AXA - 80 peratus kenderaan yang ditunda tidak langgan polisi insurans bencana alam

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Lebih 80 peratus kenderaan yang ditunda oleh AXA Affin General Insurance Bhd (AXA) ketika banjir berlaku di Malaysia tahun lalu tidak mempunyai perlindungan terhadap bencana itu.


Ia sejajar dengan perangkaan daripada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) yang menunjukkan hanya empat peratus daripada rakyat Malaysia yang telah membeli perlindungan insurans banjir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Di sebalik peningkatan agak kecil dalam kalangan pemilik kenderaan yang membeli perlindungan banjir selepas bencana tahun lalu, ramai rakyat Malaysia masih kurang perlindungan insurans dan mempunyai kesedaran yang rendah terhadap kepentingan insurans banjir.

 

Tahun ini, hanya 3.9 peratus pemegang polisi motor AXA telah memasukkan perlindungan banjir ke dalam polisi motor masing-masing.

 

Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Emmanuel Nivet, berkata pada hakikatnya, seseorang hanya sedar mengenai kepentingan perlindungan insurans selepas berlakunya sesuatu insiden apabila mereka tidak menerima sebarang pampasan atau tidak mempunyai cara untuk menggantikan kerugian dan kerosakan.

 

"Pemikiran seperti ini mesti diubah kerana insurans bukan mengenai ramalan atau pelaburan, tetapi langkah bersedia terhadap risiko luar jangkaan dan memastikan perlindungan kewangan dan ketenangan minda," katanya dalam satu kenyataan.

 

gambar hiasan

 

Banjir adalah antara bencana semulajadi yang paling biasa berlaku di Malaysia kerana iklim Khatulistiwa dengan dua musim monsun.

 

Ia menjadi lebih teruk sejak kebelakangan ini, berpunca daripada perubahan cuaca dunia yang nyata, sehingga mengakibatkan kejadian banjir teruk yang tidak dapat dijangka melanda kawasan bandar dan luar bandar.

 

Sehubungan itu, adalah penting menginsurankan kenderaan, kediaman dan harta-harta lain untuk mengurangkan impak kewangan sekiranya berlaku sebarang kecelakaan.

 

Oleh kerana banjir adalah perlindungan pilihan di bawah polisi motor komprehensif, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk membeli atau menambah pelan insurans untuk merangkuni bencana banjir atau bencana khas (yang bukan saja melindungi terhadap banjir tetapi melindungi juga ribut, tanah runtuh dan bencana semulajadi lain).

 

Perlindungan banjir AXA untuk kenderaan dan kediaman boleh dilanggan terus daripada AXA, ejen, rakan kongsi dan pasaran insurans.

 

Jika berlaku banjir, AXA komited untuk menawarkan segala bantuan kepada pemegang polisi dalam memudahkan proses tuntutan, khidmat penundaan percuma, perkhimatan hotline 24 jam dan lain-lain lagi.

 

Di samping itu, untuk memupuk kesedaran yang lebih dan penghayatan mengenai insurans banjir, AXA telah melancarkan kempen #BeFloodSmart di atas platfom media sosialnya untuk berkongsi tip pendidikan dan maklumat mengenai banjir dan perlindungan insurans.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan dari taufan tersebut telah menyebabkan kemusnahan termahal pernah dicatatkan, dan sebuah…
Berita Domestik
  "Disebabkan banjir teruk luar biasa seperti yang dilaporkan secara meluas di pelbagai tempat…
Berita Domestik
  "Kawasan yang dilanda ribut adalah Jalan Persiaran Hamzah Alang, Jalan Cempaka, Jalan Paip,…