Awas! Prius ini mahu menyamar sebagai Ferrari FF

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah kereta yang berteknologi hibrid daripada Toyota, Prius tidak dapat lari daripada sentimen kereta yang membosankan, terutama bagi mereka yang membenci bentuk badan Prius yang acah sporti itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, bagaimana untuk menjadikan Toyota Prius anda sebuah kereta yang - paling tidak - mampu membuatkan ramai orang tertoleh saat anda meredah jalan raya?

Pasangkan kit badan ala Ferrari FF!

 


Hadir daripada firma talaan Albermo yang menghasilkan kit Urus untuk Toyota RAV4, kali ini syarikat Jepun itu tampil dengan kit badan SP42 yang diinspirasikan daripada Ferrari FF untuk Toyota Prius.

Modifikasi yang signifikan datangnya daripada penggunaan bumper hadapan kustom yang membawakan persamaan dengan muka hadapan Ferrari FF dengan gril hitam, perumah lampu kabus yang tajam dan serta spoiler lip bawah.

Kos bumper hadapan ini sahaja bernilai ¥108,000 (RM4,404).

 


Albermo turut menawarkan bumper belakang dengan pakej diffuser bagi menampakkan Prius acah Ferrari ini lebih agresif dengan harga sekitar ¥78,000 (RM3,180).

Selain daripada itu, terdapat jalur tiga warna yang melambangkan bendera Itali serta pemasangan lencana Ferrari palsu yang boleh dilihat menggantikan gambar kuda dengan spesis burung yang tidak diketahui.

 


Harus diingatkan, modifikasi sebegini sebenarnya tidak begitu digemari oleh syarikat Kuda Itali, jadi tidak menghairankan jika kit badan ini tidak sempat memasuki pasaran bagi memenuhi nafsu kuda pemilik Prius.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi anda yang sudah buntu untuk mencari idea mencantikkan Toyota Harrier (nama di pasaran lain…
Berita Global
Kit yang dinamakan sebagai XCR111 itu terdiri daripada bampar hadapan yang hampir menyerupai sebuah…
Berita Global
Manakan tidak, ia juga turut menyumbang kepada penguasaan 61 peratus daripada jumlah jualan…