Awas! Minyak brek motosikal bukanlah ubat tahan sakit gigi

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

gambar hiasan, kami tidak mahu bertanggungjawab sekiranya anda batal puasa akibat gambar asal tersebut

Ini merupakan satu kes klasik di mana pesakit yang berasal dari Kelantan ini sanggup menggunakan petua pelik bagi mengubati sakit gigi yang dialaminya. 

Petua yang dimaksudkan adalah menggunakan minyak brek motosikal!

Hal ini dikongsikan oleh Facebook Happy Wee di mana Dr. Wee Sin Hua berkata pesakit tersebut mengalami sakit gigi geraham sejak beberapa tahun lalu dan malu untuk berjumpa dengan pakar gigi. 

Pesakit ini mendapat idea untuk mencuba kembali sapuan minyak brek motosikal memandangkan sakitnya berkurangan pada cubaan kali pertama. 
 


Malangnya, sapuan kali kedua tersebut menyebabkan gusinya bengkak, bernanah dan terpaksa dimasukkan ke ICU kerana nanah yang terhasil semakin banyak. 

Hasil ujian mendapati pesakit tersebut dijangkisi 'septic encephalopathy' iaitu jangkitan yang boleh membawa maut. 

Menurut doktor yang bertugas, kes tersebut boleh dielakkan sekiranya gigi yang bermasalah tersebut dibuang lebih awal dan tidak perlu bersusah payah untuk melakukan pembedahan kecemasan.

 

sumber: Louis Motorcycle and Leisure

Minyak brek atau bendalir brek mengandungi bahan toksik alkohol diethylene glycol (DEG) dengan ciri-ciri  fizikal seperti rasa manis, tidak berbau dan tidak berwarna. 

Bahan ini jika ditelan ia akan menyebabkan pesakit menjadi mabuk, muntah-muntah dan berlaku perubahan di dalam keseimbangan asid badan. 

Ia boleh menyebabkan perubahan kepada otak dan sistem saraf tunjang, merosakkan saraf penglihatan dan kelumpuhan tisu otot yang boleh membawa kepada kematian. 

Oleh kerana sifat DEG yang mempunyai rasa manis, ia kerap diminum secara tidak sengaja oleh kanak-kanak kecil dan haiwan peliharaan. 

Oleh sebab itu perlunya anda menyimpan segala botol minyak pelincir dan bendalir brek di tempat yang selamat serta jauh daripada capaian kanak-kanak. 

Malah, anda juga dinasihatkan supaya merendahkan ego dan dengar nasihat daripada pakar yang bertauliah, bukannya nasihat daripada Whatsapp dan Facebook yang tidak diketahui kesahihannya.

Sumber: Poison.org