Awas Golf R, Merc-AMG A45 - Hyundai i30 N bakal hadir dengan ciri AWD!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cabaran daripada Mercedes-AMG untuk menghasilkan sebuah jentera AMG berpacuan semua roda sepenuh masa (AWD) - walaupun secara tidak langsung - awal-awal telah disahut oleh Hyundai. 

Manakan tidaknya, terdapat khabar berita daripada pengeluar Korea Selatan yang mengesahkan bahawa mereka kini sedang membangunkan dan menguji prototaip Hyundai i30N dengan sistem AWD!

Hyundai i30N AWD - jika dibangunkan tepat pada caranya - bakal menggugat penguasaan VW Golf R dan Mercedes-AMG A45 sebagai sebuah hot hatch berprestasi tinggi. 

Menurut laman web Cars Guide, selain daripada model i30N AWD, Hyundai Australia juga mungkin sedang mempertimbangkan untuk membangunkan Hyundai Kona N memandangkan secara teknikalnya kedua-dua model (i30 dan Kona) menggunakan platform yang serupa. 
 


Selain daripada itu, Hyundai turut mempertimbangkan sistem transmisi klac berkembar (dual clutch transmission) untuk dimuatkan ke dalam i30 N di mana terdapat khabar angin ia bakal diperkenalkan untuk model hot hatch tersebut menjelang akhir 2019.

Apa yang penting, model berprestasi tinggi daripada Hyundai tampak lebih menarik dengan pakej lengkap -  transmisi klac berkembar (menggantikan manual enam kelajuan) dan pacuan semua roda dan mungkin sekali dilengkapi dengan mod drift kegemaran anda.

Sama-sama kita nantikan bagaimana Hyundai bakal menala kembali hot hatch i30 N ini menjadi sebuah pencabar kepada pesaing-pesaing rapatnya. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas Toyota mengumumkan penamatan jualan bagi model GR86 pada hujung tahun ini, tiba giliran…
Berita Domestik
  Jauh dibangunkan di Korea dan Eropah, Hyundai i30 N kemudiannya turut dipasarkan di negara kita…
Berita Global
Lain pula ceritanya dengan model i30 N yang lebih besar dan berkuasa, ia tidak dikhususkan untuk…