AwAS (dahulu dikenali AES) aktif kembali, RM3,478,200 nilai saman dikeluarkan sejak Januari hingga 26 Oktober 2021

oleh SALINA JALIL|
Jangan sangka me­mandu melebihi had laju di lebuh raya, anda akan terselamat daripada dikenakan saman.


Ini kerana kamera perangkap had laju iaitu Sistem Ke­selamatan Kesedaran Automatik (AwAS) yang dianggap sudah tidak berfungsi sejak tahun lalu rupa-rupa masih aktif.


AwAS yang dahulu dikenali sebagai AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) sebenar­nya tidak pernah dihentikan operasinya, cumanya pelaksa­naannya ditangguhkan sepanjang tahun 2020.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sejak kembali ‘diaktifkan’ dari Januari hingga 26 Oktober lalu, sejumlah RM3,478,200 nilai saman dikeluarkan terhadap pemandu yang melanggar peraturan had laju di lebuh raya-lebuh raya utama seluruh negara dan juga kesalahan yang dilakukan di persimpangan lampu isyarat.

 

AwAS yang dahulu dikenali sebagai AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) sebenar­nya tidak pernah dihentikan operasinya, cumanya pelaksa­naannya ditangguhkan sepanjang tahun 2020.

 

AwAS yang dahulu dikenali sebagai AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) sebenar­nya tidak pernah dihentikan opera­sinya, cuma pelaksanaannya ditangguhkan se­pan­jang 2020.

 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, penguatkuasaan bagi peraturan pematuhan had laju dan lampu isyarat itu masih be­roperasi dan dikuatkuasakan sehingga kini, cuma operasi hanya ditangguhkan sepanjang tahun 2020.

 

 

“Aktiviti penguatkuasaan melalui sistem AwAS masih berjalan seperti sedia ada berpandukan kepada kaedah dan garis panduan operasi standard yang ditetapkan JPJ.

 

“AES dijenamakan dan dikenali sebagai AwAS sejak 2016 bagi mewakili objektif utama pelaksanaan sistem ini iaitu mengubah minda serta memberi pengajaran dan ke­sedaran kepada orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan demi menjaga tahap keselamatan dan kebajikan semua pengguna jalan raya,” katanya di sini semalam.

 

Menurut Ka Siong, sejumlah RM10,967,370 hasil kutipan bayaran kompaun atau denda diperoleh bagi penguatkuasaan saman menerusi AwAS sejak 2018 hingga 26 Oktober lalu.

 

Katanya, hasil kutipan kompaun itu menerusi 335,989 jumlah saman dikeluarkan iaitu 321,562 saman melibatkan had laju dan sebanyak 14,427 saman membabitkan kesalahan lampu isyarat.

 

“Sebanyak RM3,880,200 hasil kutipan kompaun dipe­roleh pada tahun 2018, diikuti RM3,608,970 (2019) dan RM3,478,200 (2021).

 

“Jumlah kutipan yang di­terima bagi kesalahan had laju ialah berjumlah RM10,035,420; manakala sebanyak RM931,950 pula melibatkan kesalahan lampu isyarat,” katanya.

 

Ka Siong memberitahu, mulai 1 September 2018, semua aspek pengoperasian, penyelenggaraan, pembangunan dan penguatkuasaan AwAS diambil alih sepenuhnya Kementerian Pengangkutan melalui JPJ.

 

Katanya, pada masa ini terdapat 85 peratus atau 286,566 saman masih tidak diselesaikan.

 

“Hanya sejumlah 46,097 saman melibatkan had laju dan 3,326 saman lampu isyarat selesai bayaran mengikut tarikh notis dikeluarkan,” katanya.

 

Pada masa ini terdapat sebanyak 29 kamera AwAS berope­rasi di kebanyakan le­buh raya utama di negara ini, manakala 16 lagi di beberapa persimpangan lampu isyarat terpilih.

 

 

– UTUSAN

 

Berita Berkenaan

Informasi
Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata, sepanjang tempoh 1 September 2018 sehingga…
Berita Domestik
Kerajaan akan menambah jumlah kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) di lokasi-lokasi yang…