Avis pekenal ciri daftar masuk digital tanpa sentuhan

oleh Mohamad Hanif|
Avis, syarikat penyedia perkhidmatan kenderaan sewa di Malaysia baru-baru melancarkan ciri daftar masuk digital untuk para pelanggannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ciri terbaharu ini boleh didapati menerusi laman web avis.com.my serta aplikasi mudah alih Avis Malaysia menawarkan pengalaman sewa kenderaan tanpa sentuhan yang membolehkan pelanggan menetapkan pilihan, penambahan produk dan perkhidmatan secara dalam talian sebelum tiba di lokasi.

Dengan pengenalan ciri terbaharu ini, ia akan menjimatkan masa pelanggan tanpa perlu berurusan di kaunter fizikal dengan lebih lama, mengurangkan sentuhan fizikal serta memudahkan urusan daftar keluar setiap kali selepas kereta dipulangkan.

Menurut Mohamad Shanaz,  Ketua Pegawai Operasi Avis Malaysia menjelaskan, "pelancaran ciri daftar masuk digital oleh Avis Malaysia ini merupakan satu pencapaian kami dalam usaha untuk meningkatkan falsafah berpusat kepada pelanggan.

"Dengan mempunyai ciri seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi kami untuk memperkukuhkan lagi keupayaan digital yang mampu menambah nilai melangkaui sekadar membuat tempahan semata-mata.

Sejak pandemik COVID-19 melanda, Avis telah mempertingkatkan protokol keselamatan dengan membuat proses sanitasi pada barisan kenderaan mereka, membekalkan peralatan keselamatan seperti pelitup muka kepada petugas yang perlu berinteraksi dengan pelanggan dan dalam masa yang sama mengekalkan penjarakan sosial.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web Avis di www.avis.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anugerah ini menunjukkan komitmen Avis Malaysia kepada kecemerlangan dan perkhidmatan pelanggan…