Aviar R67 - Ford Mustang yang lahir dari platform Tesla Model S!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita sedia maklum, kedua-dua jenama Ford dan Tesla yang disebutkan pada tajuk di atas sememangnya berasal dari Amerika Syarikat, dan kedua-duanya sudah pun memiliki produk kereta elektrik yang tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, sebuah produk kereta elektrik baharu telah pun lahir 'dari' kedua-dua jenama tersebut, namun yang sebetulnya ia bukanlah produk sebenar Ford dan Tesla walaupun dari segi luaran ianya nampak macam Mustang klasik.

Aviar R67 merupakan sebuah 'Ford Mustang' yang dihasilkan oleh syarikat Rusia Aviar Motors dan didatangkan dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa.

 


Ia dibangunkan atas platform kereta elektrik Tesla Model S manakala rangka badan yang diperbuat daripada bahan komposit ringan pula dipasangkan atas kerangka aluminium pada cagak bateri dan side member Model S.

Trenkuasa elektrik tersebut terdiri daripada dua buah motor elektrik, pek bateri berkapasiti 100 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 507 kilometer serta sistem pengecasan yang serasi dengan slot pengecasan supercharger daripada Tesla.

Menerusi sebuah model prototaip R67 yang sedang diuji, ia ternyata mampu menghasilkan 840 kuasa kuda elektrik serta pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 2.2 saat sahaja!

 


Bahagian luar 'Ford Mustang' ini mengambil inspirasi daripada konsep asal Mustang dua pintu dari tahun 1962 yang menampilkan bentuk badan yang lebar, serta lampu belakang tiga bar yang menjadi ikon kepada Mustang.

Jika luaran seperti Mustang, ruang kabin pula menggabungkan elemen daripada Mustang dan Tesla seperti contoh kehadiran skrin infotainmen menegak 17 inci di bahagian tengah yang diapit dengan corong pendingin hawa berbentuk bulat dari Mustang.

 


Aviar R67 juga difahamkan bakal dilengkapi dengan sistem audio tujuh pembesar suara, kawalan iklim dua zon, ciri keselamatan lima beg udara serta ciri pemanduan autonomi Autopilot!

Setakat ini, tiada sebarang harga didedahkan oleh Aviar Motors untuk model R67 ini.