Aveta SVR180 - supermoped 175 cc, 16.8 hp, 15.5 Nm, dari RM9,988

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Aveta Motor Malaysia baru-baru ini melancarkan model kapcai bersesaran 175 cc yang dinamakan sebagai Aveta SVR180.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal sejukan cecair empat lejang, ia mampu menjana kuasa setinggi 16.8 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 15.5 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.
 

SVR


Enjin ini juga turut mematuhi piawaian emisi Euro 4.

Antara ciri menarik yang dibawakan termasuklah reka bentuk agresif yang disumbangkan oleh unit lampu depan berkembar, lampu nyalaan siang LED, tuas cekam dan brek dengan rekaan khas, paparan meter digital, serta slot pengecasan USB terbina.
 

AVR


Sistem suspensi depan menggunakan fork teleskopik, diikuti bahagian belakang menggunakan unit penyerap hentak tunggal.

Menggunakan rim bersaiz 17 inci dengan balutan tayar 90/80 depan dan 120/70 di belakang, Aveta SVR180 didatangkan dengan brek cakera depan dan belakang. Sayang sekali, tiada petanda sistem ABS dilengkapkan pada jentera ini.

Aveta SVR180 boleh didapati bermula 25 Julai dengan harga jualan bermula dari RM9,988.