Aventador bikin dari Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
Jarang benar untuk pemilik supercar seperti sebuah Lamborghini Aventador untuk melakukan modifikasi ekstrem.

Ini ialah kerana Aventador itu sendiri sudah mempunyai bentuk yang super dramatik.

Namun begitu, seorang pemilik Aventador nampaknya bosan dengan Lambo beliau dan meminta sebuah syarikat tuner dari Thailand, Infinite Motorsports untuk "membikin" Aventador beliau.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
aventador 1

 

Infinite Motorsports mencadangkan penggunaan bodykit Liberty Walk dari Jepun - kit lengkap termasuk skirting depan belakang, hud hadapan dengan liang udara (vent), fender besar dan GT Wing sebesar sayap kapal terbang.

Setelah siap bodykit dipasang, ia dibalut dengan wrap warna kuning, hitam dan merah seperti sebuah kereta lumba. 

Roda aloi pula ialah dari jenama Pur, dan model LX12.V12 itu lengkap dengan sirip carbon fibre dan bibir yang lebih tebal. Tayar pula dari Pirelli.

Ternyata wang bukan masalah untuk pemilik supercar hebat ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…