Autopass Singapura kini boleh dipohon dalam talian!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia, anda kini dibolehkan untuk memohon kad Autopass untuk memasuki negara Singapura secara dalam talian bermula Januari hadapan.

Namun disebabkan notis yang diberikan dalam masa yang singkat, tidak ramai pengguna jalan raya Malaysia yang arif berkenaan regulasi terbaharu yang dikenakan oleh Land Transport Authority (LTA) Singapura. 

Ketika ini, pengguna jalan raya perlu memohon kad Autopass menerusi pejabat LTA di Singapura. 

Di bawah perubahan baharu ini, pemandu hanya perlu mengisi borang di dalam talian (laman web: www.Onemotoring.com.sg) dan menghantar dokumen yang diperlukan sebelum mengutip kad Autopass mereka di Vehicle Entry Point Causeway dan Second Link. 

Kelulusan permohonan juga dianggarkan siap dalam masa satu minggu. 

Menurut laporan daripada The Star, kebanyakan pengguna yang ditemuramah tidak menyedari perubahan peraturan tersebut, selain mungkin mendatangkan masalah kepada pengguna yang tidak arif berurusan di dalam talian. 

Polis bantuan, S. Tamilarunan, 32 yang memasuki Singapura setiap hari turut mengakui tidak menyedari perubahan yang dibuat, namun beliau mengalu-alukan langkah tersebut bagi memudahkan urusan orang ramai. 

"Ketika saya memperbaharui Autopass, terlalu ramai pemohon yang beratur di pejabat LTA pada Oktober lalu," ujarnya. 
 

Sumber: The Star
Sumber gambar: Tzywen

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali…
Berita Global
Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi, telah mengumumkan akan menutup pejabat mereka di…
Berita Global
Menurut Agensi Pemakanan Singapura (SFA), kawasan HDB itu terletak di Chua Chu Kang, Tampines,…