Autonomous Work Vehicle - ATV tanpa pemandu daripada Honda

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara CES 2019, Honda bakal membawakan sebuah prototaip all-terrain vehicle (ATV) off-road tanpa pemandu yang digelar sebagai Autonomous Work Vehicle.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kenderaan 4x4 kecil ini seperti nama yang dicadangkan - direka untuk membantu kerja-kerja yang sukar dilakukan oleh tenaga kudrat manusia, terutama ketika dalam keadaan yang mampu mengancam nyawa. 

Autonomous Work Vehicle ini dihasilkan oleh unit R&D Honda Amerika berdasarkan unit ATV swapandu 3E-D18 yang dipertontonkan pada CES 2018 bertujuan untuk meningkatkan kadar keberkesanan dan keselamatan sesuatu pekerjaan di kawasan umum dan tujuan komersil.
 

Ia didatangkan dengan sistem cagak pelbagai fungsi yang membolehkan para pengguna memuatkan variasi aksesori dan peralatan sesuai dengan keadaan keperluan semasa. 

Menurut Honda, Autonomous Work Vehicle ini boleh diprogramkan kepada beberapa mod seperti "Follow Me", "Pattern" dan "A to B" dan kini sedang menjalankan ujikaji keberkesanan di beberapa buah lokasi seperti di pusat solar North Carolina, divisyen pencegah kebakaran di Colorado dan fasiliti penyelidikan agrikultur di California. 
 


Saksikan video ujian yang dijalankan oleh Honda dalam membuktikan Autonomous Work Vehicle ini mampu membantu kerja-kerja manusia, dan bukannya menggantikan peranan manusia 100%.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi kedua prototaip AWV itu kemudian diperkenalkan pada tahun 2021 dengan keupayaan membawa…
Berita Global
Menurut Honda, model AWV mampu membawa muatan seberat 399 kg, menunda muatan sehingga 721 kg,…