Automotive High-Tech Valley sasar tarik pelaburan dari pelbagai syarikat global

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Awal bulan ini, DRB-HICOM Berhad dan Geely telah menandatangani Dasar-Dasar Utama Perjanjian (HOA) bagi mengukuhkan kerjasama antara kedua dua syarikat untuk fasa seterusnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Susulan perjanjian itu, DRB-HICOM telah menjelaskan mengenai pembangunan Automotive High-Tech Valley (AHTV) dijangka sebagai sebuah projek untuk menjadikan Tanjung Malim, dan secara tidak langsung Malaysia sebagai hab automotif untuk aktiviti ekonomi baharu.

Projek itu disasarkan sebagai hab untuk menarik pelaburan sebanyak RM32 bilion dalam tempoh pembangunan 10 tahun, namun jumlah itu bukanlah pelaburan eksklusif kepada penganjur utama projek, iaitu DRB-HICOM dan Geely sahaja.

Menurut DRB-HICOM, projek itu turut disasar menarik penyertaan dan pelaburan daripada syarikat asing dan tempatan dalam industri automotif berteknologi tinggi baharu.

 

2

 

Dengan penglibatan lebih banyak syarikat secara global, ia dijangka mampu untuk menghasilkan pelaburan kolektif ke kawasan AHTV bernilai anggaran RM32 bilion.

Selain itu, Perancangan Proton untuk memindahkan semua fasiliti pembuatannya ke Tanjung Malim menjelang 2026 akan mewujudkan bandar baharu.

Perancangan tersebut sekaligus dapat meningkatkan ekonomi domestik dengan menarik syarikat runcit untuk beroperasi di kawasan itu.

 

Baca: DRB-Hicom, Geely tandatangan perjanjian pembangunan AHTV

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perjanjian itu telah ditandatangani di Forum Perniagaan Malaysia-China yang berlangsung sempena…