Autobahn bakal dikenakan sekatan halaju?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam usaha untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar disebabkan oleh kenderaan, kerajaan Jerman kini mempertimbangkan beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil. 

Ini termasuklah mengenakan cukai bahan api yang lebih tinggi serta meningkatkan kuota EV bagi membantu Jerman mencapai sasaran pelepasan emisi yang ditetapkan oleh EU. 

Turut mengejutkan, salah sebuah usul yang disebut-sebut adalah mengenakan had laju 130 km/j terhadap lebuhraya Autobahn yang diketahui selama ini tidak mempunyai sebarang sekatan halaju. 

Menurut jawatankuasa tersebut, pendekatan di atas dikatakan mampu mengurangkan kesan rumah hijau sehingga separuh daripada apa yang diperlukan oleh undang-undang. 

Pun begitu, ahli jawatankuasa kerajaan masih tidak memutuskan pendekatan mana yang perlu diambil, dan laporan akhir hanya akan dibentangkan pada penghujung Mei ini. 
 


Autobahn atau sistem lebuhraya di Jerman secara umumnya tidak mempunyai sebarang sekatan halaju (kecuali di kawasan yang berisiko tinggi akibat cuaca atau pembinaan), dan para pemandu hanya dinasihatkan oleh kerajaan untuk memandu pada kelajuan 130 km/j sahaja. 

Walaubagaimanapun, sekiranya anda cuai ketika pemanduan berkelajuan tinggi, anda boleh dikenakan hukuman kerana meningkatkan risiko bahaya ketika memandu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada media Jerman, Menteri Pengangkutan Volker Wissing menjelaskan langkah…
Berita Global
Pegawai polis yang sedang memandu kereta peronda di A70 Autobahn menyedari bahawa seorang lelaki di…
Berita Global
Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini…