Auto2u Charity Drive: "Shop and Donate" himpun 11 penaja untuk bantu keluarga B40

oleh SALINA JALIL|
Auto2u Charity Drive berjaya menghimpunkan 11 penaja seperti Euromobil, Cycle & Carriage Bintang, Hap Seng Star, Honda, MINI, Boon Siew Honda, Ducati, Bendix, Bosch, Huper Optik dan Safe & Sound.


Mereka menyumbang pelbagai produk dan barangan menarik seperti topi, kemeja-t, replika kereta, botol air, payung serta banyak lagi. Bukan itu sahaja, aksesori kereta seperti bateri, pengecas, pad brek turut ditawarkan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Semua produk ini akan dijual di laman auto2u dan semua hasil jualan di antara 15 Julai hingga 15 Ogos disalurkan ke dua badan kebajikan iaitu Charity Right Malaysia and Great Heart Association Malaysia yang membantu keluarga berpendapatan rendah B40.  

 

Pengurus Besar Drive2Digital, Jackie Wong berkata, “Kami di auto2u ingin memainkan peranan dan berharap charity drive dapat membantu mereka menjalani saat yang sukar ini.” 

 

Beberapa syarikat  telah bekerjasama dengan platform jualan barangan dan aksesori automotif dalam talian, auto2u untuk membantu mendapatkan sumbangan menerusi penjualan barangan untuk didermakan kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.  

 

“Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah hampir berakhir, masih banyak keluarga berada dalam keadaan susah kerana  kehilangan kerja atau dipotong gaji.

 

Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada banyak pihak. Di bawah tema 'SHOP & DONATE', anda boleh membeli pelbagai produk automotif pada harga terbaik, pada masa yang sama menyumbang dan membantu golongan yang kurang berkemampuan.

 

 

 

Auto2u berbangga kerana bekerjasama dengan tiga platform automotif di Malaysia iaitu Automachi, Careta dan Mekanika untuk membantu mempromosikan insiatif ini.

 

Untuk pembelian barangan 'SHOP & DONATE', sila lawati https://auto2u.my/ dan bersama-sama kita membantu dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan.  

 

auto2u audi