Auto Shanghai 2023: VW ID.7 didedahkan - EV sedan pertama VW, gaya badan fastback, 700km jarak gerak

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dalam acara pameran Auto Shanghai 2023 yang berlangsung baru-baru ini, Volkswagen telah mendedahkan satu lagi model dalam barisan ID yang merupakan EV sedan pertamanya, VW ID.7.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

EV sedan pertama Volkswagen itu bakal menjadi menjadi saingan kepada jenama Tesla Model 3 dan Hyundai Ioniq 6, dimana varian tertingginya akan menawarkan jarak gerak sehingga 700 km!

 

2

 

Walaupun telah didedahkan tanpa sebarang penyamaran, Volkswagen masih belum mendedahkan maklumat mengenai prestasi dan spesifikasi lengkap.

Namun ID.7 dijangka akan dilengkapi tetapan trenkuasa yang sama seperti ID.4, dimana ia dikuasakan oleh dua motor elektrik dengan keluaran kuasa sekitar 300 HP.

 

3

 

Apa yang pasti setakat ini, ID.7 akan ditawarkan dengan 2 varian yang dilengkapi pek bateri berkapasiti 77 kWj dengan jarak gerak 615 km untuk varian Pro, serta pek bateri 86 kWj dengan jarak gerak 700 km untuk varian Pro S.

Dari segi rekaan, tidak seperti ID.4 dengan rekaan berkotak, ID.7 hadir dengan gaya badan fastback bersama rekaan yang ringkas dan lebih sporti pada garis bumbung.

 

4

 

Pada bahagian depan, ID.7 dilengkapi lampu utama LED bersama garis lampu LED yang bersambung dari lampu kiri dan kanan tanpa sebarang jeriji palsu, ia turut dilengkapi masukan udara pada bahagian bawah bumper untuk menyejukkan bateri.

Pada bahagian belakang, ia mengekalkan rekaan ringkas bersama bar lampu LED yang mengecil daripada hujung dan bersambung ke tengah.

 

5

 

Pada bahagian dalaman, kabin ID.7 dilengkapi dengan skrin infotainmen 15 inci pada bahagian tengah, dimana kebanyakan kawalan fungsi seperti pemanas dan pendingin hawa dikawal melalui skrin itu.

Apa yang menariknya, seperti model ID.Buzz, bahagian dalaman ID.7 akan menggunakan bahan kitar semula seperti fabrik yang diperbuat daripada plastik dan botol kitar semula, serta plastik kitar semula pada bahagian penebat.

 

6

 

ID.7 juga dilengkapi tempat duduk dengan 14 pelarasan dengan fungsi pemanas dan penyejuk, dimana ia lengkap bersama penderia yang boleh menghidupkan fungsi pemanasan atau penyejukan mengikut keperluan.

Ia turut ditawarkan dengan bumbung panoramik sebagai pilihan, dimana ia dibuat menggunakan kaca pintar yang boleh bertukar menjadi legap dengan satu sentuhan butang, sama seperti yang anda ada di Porsche Taycan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Diperlihatkan pada acara Auto Shanghai 2023, WEY Gaoshan dilihat bakal memberikan saingan rapat…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…
Berita Global
Berita menariknya, GWM Malaysia dikatkan akan membawa masuk model SUV Tank 500 tersebut, bersama-…