Auto Shanghai 2023: Ora Lightning Cat, jarak gerak 705 km, dijangka masuk Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Ora Good Cat, GWM Malaysia juga dijangka akan membawa masuk sebuah lagi model kenderaan elektrik yang dikenali dengan nama Ora Lightning Cat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diperlihatkan buat kali pertama pada tahun 2021, Ora Lightning Cat membawakan penggayaan luaran yang diinspirasikan daripada model Porsche 911 dan Panamera.
 

ora


Selain bentuk lampu yang hampir seiras, garis bumbung yang melandai ke belakang juga mengingatkan kita kepada model Panamera.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Ora Lightning Cat:
 

ora


Dimensi: 4,871 mm x 1,862 mm x 1,500
Jarak antara roda: 2,870 mm
Trenkuasa: motor elektrik tunggal FWD, atau dua motor elektrik AWD
Kuasa: 204 hp, 340 Nm (FWD), atau 408 hp, 680 Nm (AWD)
Pek bateri: 84 kWh
Jarak gerak: bermula dari 555 km-705 km
Keselamatan: amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan automatik, bantuan persimpangan, amaran keluar lorong, amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang
Kabin: skrin kluster digital 10.25 inci, skrin infohibur 12.3 inci

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
EV sedan pertama Volkswagen itu bakal menjadi menjadi saingan kepada jenama Tesla Model 3 dan…
Berita Global
Diperlihatkan pada acara Auto Shanghai 2023, WEY Gaoshan dilihat bakal memberikan saingan rapat…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…