Auto Exe ubah penampilan SUV Mazda CX-8 jadi lebih agresif

oleh Mohamad Hanif|
Sejak keluar dari kilang, Mazda CX-8 merupakan antara penawaran SUV tiga baris tempat duduk yang sudah cukup tampan tanpa perlu modifikasi kosmetik berlebihan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, syarikat penala Jepun Auto Exe mempunyai idea yang mampu membuatkan CX-8 ini jauh lebih sporti dan agresif.

Antara perubahan yang dibawakan adalah dengan memasang spoiler dagu hadapan, komponen hud hadapan yang direka semula, kemasan jeriji melintang berwarna hitam, diikuti dengan rim aftermarket dan visor tingkap pada bahagian sisi.
 

CX-8


Sementara bahagian belakang pula ditambah dengan spoiler kedua, serta diffuser berwarna hitam.

Selain daripada kelengkapan yang disebutkan tadi, Auto Exe turut membangunkan sistem ekzos keluli tahan karat, komponen suspensi baharu, sistem kemasukan yang dinaiktaraf dan sistem brek yang lebih besar.

Ditawarkan untuk para pemilik CX-8 di Jepun, mereka boleh mendapatkan kesemua komponen di atas sekaligus, atau dengan membelinya secara berasingan di mana ia boleh didapati pada harga serendah 23,650 yen (RM788.45) untuk visor tingkap, manakala spoiler dagu hadapan pula memiliki tanda harga 90,200 yen (RM3,007).