Auto Bavaria Tebrau, pusat Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem BMW (4S) terbaharu di Johor Bahru

oleh SALINA JALIL|
Auto Bavaria Tebrau akan memulakan operasinya sebagai wakil pengedar lengkap pusat Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem BMW (4S) membariskan BMW, BMW Motorrad, MINI, serta BMW Premium Selection (BPS) bermula pada 15 Julai 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Auto Bavaria Tebrau terletak di atas sebuah kawasan besar yang berkeluasan 63,000 kaki persegi dan mampu memuatkan sepuluh unit jentera BMW, sepuluh unit jentera BMW Motorrad, enam buah kenderaan MINI dan lapan kenderaan daripada BMW Premium Selection. 

 

Wakil pengedar ini mempunyai lebih 80 kakitangan dan menyediakan ruang menunggu untuk pelanggan Customer Lounge, Isetta Bar, BMW Lifestyle & Accessories, Handover Area dan RATC (“reception at the car”) Service.  

 

Lokasi Auto Bavaria Tebrau ini adalah  di 3B, Jalan Persiaran Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. Ia akan mula beroperasi mulai 15 Julai 2020.

 

Untuk maklumat dan pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi talian Auto Bavaria Customer Care di 1300 133 338 atau e-mel: [email protected]