Auto Bavaria anjur ekpedisi merentas sempadan ke Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Auto Bavaria baru-baru ini telah menganjurkan program eksklusif kembara bermotosikal bersempena dengan sambutan BMW Motorrad Day di Thailand.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ekspedisi selama enam hari tersebut bermula dari 7 November sehingga 12 November melibatkan 20 orang peserta yang menunggang R 1200 GS, R 1250 GSA, S 1000 XR, R 1200 GSA, R 1200 RT dan R 1250 GSA meliputi jarak perjalanan sejauh 3,000 km.

Konvoi dari Lembah Klang bergerak dari Auto Bavaria Glenmarie Showroom seawal 4.30 pagi dan selamat sampai ke sempadan pada jam 11 pagi sebelum berkumpul di Vista Hotel Danok dan berjumpa dengan pasukan ekspedisi Auto Bavaria Penang.

 


Menggunakan Route 41 Cowboy Town, kumpulan tersebut kemudian bergerak ke arah Suratthani dan terpaksa menempuh cabaran hujan lebat dan jalan yang digenangi air memperlihatkan keupayaan sebenar motosikal BMW. 

Perjalanan hari kedua pula melibatkan jarak sehingga 1,500 km menuju ke Splendid Hotel, Khao Yai melalui pemandangan yang cukup menarik menerusi Ratchaburi dan Phra Nakhon Si Ayutthaya dan di sini keupayaan perjalanan jauh BMW Motorrad diperlihatkan tanpa sebarang masalah kerosakan 
 


Sepanjang enam hari, pelbagai tempat menarik telah dilawati termasuklah PTT Transformer di mana sebuah Bumble Bee bersaiz penuh boleh dilihat di Suratthani serta patung monumen sami Buddha kurun ke-16 di Luang Phor Thuad. 

Menurut Derek Clyde, salah seorang daripada peserta, "Itinerari yang dirancangkan sangat menarik dan ia merupakan satu usaha yang sangat baik oleh Auto Bavaria dalam memberikan pengalaman tunggangan yang sukar untuk diperoleh.
 


Bagi para pemilik BMW Motorrad yang ingin menjadi sebahagian daripada aktiviti menarik ini boleh melawat Facebook BMW Motorrad Auto Bavaria atau laman Instagram untuk kemaskini selanjutnya. 
 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…