Austria tawar anjurkan dua perlumbaan, GP British dan GP Austria

oleh SALINA JALIL|
Penganjur Grand Prix (GP) British berkata, mereka mampu menganjurkan dua perlumbaan dalam usaha membantu menyelamatkan perlumbaan berprestij itu yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.


Setakat ini sembilan daripada 22 pusingan perlumbaan sudah dibatalkan atau ditangguhkan dengan GP Perancis dan Belgium dilihat akan mengambil tindakan sama.


Ia sekali gus menyaksikan GP Austria pada 5 Julai akan menjadi pembuka tirai F1 dengan GP British dijadualkan berlangsung dua minggu selepas itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Penasihat Red Bull, Helmut Marko memberitahu media Austria bahawa litar Spielberg juga mampu menganjurkan dua perlumbaan dengan yang kedua berlangsung selama dua hari pada minggu yang sama.

 

Beliau berkata, pengarah litar sudah pun mencadangkan kepada pihak kerajaan agar membenarkan perlumbaan dilangsungkan tanpa penonton dengan kebarangkalian untuk mendapatkan lampu hijau dari kerajaan cukup tinggi.

 

Menteri Sukan, Werner Kogler minggu ini berkata, dia bersetuju sekiranya perlumbaan di Spielberg dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

 

Sementara itu, pengarah urusan Silverstone, Stuart Pringle turut berkata perbincangan sudah dilakukan bersama pengurusan F1 berhubung kesediaan GP British menganjurkan perlumbaan itu sebanyak dua kali.

 

“Kami sudah mengadakan perbincangan termasuklah cadangan menganjurkan perlumbaan sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu,” kata Pringle kepada The Guardian.

 

“Saya yakin dengan kemampuan kami menganjurkan perlumbaan ini. Kami mempunyai banyak pengalaman serta pengetahuan,” katanya.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Malah katanya, berita ini pastinya akan membantu menarik semula kehadiran orang ramai bagi…
Berita Global
Pemandu dari Finland itu berada di kedudukan kedua pada permulaan saingan dan mendahului perlumbaan…
MotorGP
"Hafizh Syahrin disahkan kurang cergas untuk perlumbaan GP Styria dan dia akan cuba kembali…