Australia bakal kenakan saman sehingga RM6.6k untuk salah guna parkir EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Undang-undang baru di New South Wales (NSW), Australia bakal mengenakan saman kepada pemilik kenderaan yang menyalahgunakan parkir untuk tempat pengecas EV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan dari The Driven, pemilik kenderaan dengan enjin petrol atau diesel yang menggunakan parkir khas untuk mengecas EV akan dikenakan saman sehingga AUD2,200 (RM6,639).

Undang-undang baru oleh NSW Road Rules menyatakan bahawa, "Pemandu kenderaan yang bukan EV tidak boleh berhenti di parkir untuk kenderaan berkuasa elektrik."

 

2

 

Salah guna parkir tersebut digelar sebagai "ICEing" dimana kenderaan berenjin petrol atau diesel menyalahgunakan parkir khas untuk EV, dan ia sememangnya satu masalah yang kerap dialami pemilik EV termasuk di Malaysia.

Undang-undang baharu di New South Wales itu semestinya merupakan suatu kelegaan buat komuniti dan para pemilik EV di sana yang perlu menghadapi masalah "ICEing".

Di sini juga, kerap kali kita melihat parkir untuk tempat pengecas telah disalah guna oleh pemilik kenderaan bukan EV, undang-undang tersebut dilihat amat sesuai jika dapat dilaksanakan di Malaysia bagi mengelakkan masalah tersebut berterusan.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Ini kerana kedua-dua model kereta sports pacuan roda belakang mampu milik itu bakal ditamatkan…
Informasi
Menurutnya, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ pada Mei 2019 telah memperkenalkan peraturan…