Australia bakal guna kamera khas banteras penggunaan peranti pintar ketika memandu

oleh Mohamad Hanif|
Hidup di zaman peranti pintar tidak pula membuatkan para penggunanya semakin pintar di sebalik stereng, malah mampu membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Atas dasar mahu mengurangkan kadar kemalangan disebabkan kelalaian pemandu, Australia mahu melaksanakan penggunaan kamera khas bagi mengesan pemandu yang menggunakan peranti pintar ketika memandu. 

Menurut Menteri Kerjaraya New South Wales, Andrew Constance memberitahu Australian Broadcasting Corp, "tidak dapat dinafikan lagi kesan pemanduan akibat menggunakan peranti pintar sama tarafnya dengan pemanduan akibat minuman beralkohol, oleh sebab itu kami mahu anda semua berhati-hati pada masa akan datang.

Difahamkan, kerajaan tempatan akan memasang 45 buah Kamera Pengesan Peranti Pintar di seluruh negeri menjelang Disember ini. 
 

sumber gambar: Yahoo Australia

Setiap unit Kamera Pengesan akan terdiri daripada dua buah kamera berasingan yang mampu merakamkan nombor pendaftaran kenderaan, manakala sebuah lagi akan diletakkan tinggi bagi mengesan kelakuan pemandu di sebalik stereng. 

Menariknya, sistem kamera pengesan ini menggunakan khidmat kepintaran buatan (AI) untuk mengasingkan mana-mana pemandu yang tidak menyentuh peranti pintar mereka. 

Berdasarkan ujian awalan yang dibuat selama enam bulan, sistem tersebut telah menyemak silang kira-kira 8.5 juta kenderaan dan lebih daripada 100,000 orang pemandu didapati menggunakan peranti pintar, termasuklah seorang yang menggunakan kedua-dua telefon dan iPad secara serentak!

Untuk tahun ini sahaja, pihak polis telah mengeluarkan saman kepada kira-kira 16,500 pemandu akibat kesalahan menggunakan peranti pintar ketika memandu. 
 

sumber gambar: Vox

Di New South Wales, pemandu hanya dibenarkan menggunakan peranti pintar dengan bantuan hands-free dan sambungan Bluetooth, malah larangan menyentuh telefon ini juga berkuatkuasa kepada keadaan berhenti lampu merah dan juga kesesakan trafik. 

Undang-undang ini walaubagaimanapun dilonggarkan di kawasan restoran pandu lalu di mana pemandu dibenarkan untuk membayar harga makanan menggunakan peranti pintar. 

Seorang peguam yang juga wakil kepada National Roads and Motorist' Association, Peter Khoury menuduh kerajaan kerana menggunakan cara yang licik bagi mengesan pesalah jalan raya. 

Walaupun persatuan tersebut menyokong tindakan tegas terhadap pemandu yang lalai, mereka tetap mahukan papan tanda khas dipasang bagi memberitahu kepada pengguna lokasi penggunaan kamera pengesan tersebut. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Peguam utama Michael Donelly berkata, penyelesaian A$271.8 juta (AS$178.3 juta) adalah '…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Yang mencuri tumpuan bukan sahaja aksi perlumbaan yang dipamerkan, kebanyakan mata-mata tertumpu…