Audi terbitkan PDF buku mewarna secara percuma - Ada Audi Quattro!

oleh Mohamad Hanif|
Khusus buat keluarga yang tidak mahu kebosanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan, Audi telah menerbitkan sebuah buku mewarna digital yang boleh dimuatturun secara percuma untuk kegunaan anak-anak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Buku mewarna ini memaparkan beberapa kenderaan ikonik yang pernah dihasilkan oleh Audi seperti contoh Audi R8, jentera Audi Quattro dengan berlatarbelakangkan penonton sukan rali, jentera lumba Auto Union, serta kereta elektrik klasik Slaby-Beringer 1919!

Disamping mengajar anak-anak anda tentang sejarah automotif Audi, anda juga boleh menarik perhatian mereka dengan kelibat crossover Q7. 

Kalau tidak sekarang, bila lagi anak anda akan belajar tentang sejarah automotif dunia? Tak begitu? 

 

 

Anda boleh memuat turun PDF buku mewarna menerusi pautan di bawah:

Audi - Color Your Passion

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…