Audi tawar pinjaman TANPA FAEDAH!

oleh Mohamad Hanif|
Euromobil Sdn Bhd selaku pengedar rasmi terbesar kenderaan berjenama Audi di Malaysia kini menawarkan kadar faedah serendah 0 peratus bagi dua buah model, iaitu Audi A5 Sportback dan juga SUV Audi Q3 sepanjang bulan Jun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebuah sedan, Audi A5 Sportback menawarkan rupa paras yang menarik, sporti serta avant-garde yang digandingkan dengan pakej ruang dalaman yang tidak tertanding di dalam kelasnya.

Ini kerana ruang kargo di bahagian belakang mampu menampung muatan sehingga 480 liter, dan tugasan untuk memuat naik dan menurunkan barang kini dipermudahkan dengan kehadiran ciri pintu belakang berkuasa elektrik sebagai ciri standard.

 


Audi A5 Sportback juga turut dilengkapkan dengan teknologi moden serta sistem bantuan yang inovatif dalam memberikan perlindungan yang diperlukan dan dalam masa yang sama membenarkan pemandu untuk menumpukan perhatian di atas jalan raya.

Memasuki ruang kabin, segala kelengkapan yang didatangkan bermula dari kokpit maya Audi, tombol kawalan rotari serta pad sesentuh untuk sistem navigasi MMI, dan penghalusan pada setiap aspek teknikal akan menambat hati anda dengan tahap kualiti pembuatan yang elegan tanpa kompromi.

Audi A5 Sportback didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang mampu menjana 252 kuasa kuda dan 370 Nm yang digandingkan dengan sistem transmisi klac berkembar S tronic tujuh kelajuan serta sistem pacuan semua roda kekal quattro.

 


Model SUV Audi Q3 serba baharu pula merupakan penawaran SUV kecil yang membawakan perubahan yang besar dari segi rekaan, ruang, serta dimensi berbanding generasi terdahulu.

Audi Q3 ini memiliki dimensi 97 mm lebih panjang, 25 mm lebih lebar dan jarak antara roda kini 77 mm lebih panjang, memberikan ruang kabin yang lebih luas, sesuai untuk kegunaan seharian.

Malah, dengan pertambahan dimensi itu tadi, Audi Q3 masih mampu menawarkan ruang kargo sebesar 530 liter dan mampu mencapai kapasiti sehingga 1,525 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

 


Aspek rekaan luaran SUV ini juga kini lebih tajam, dengan kehadiran lampu utama LED serba baharu sekaligus menjadikan penampilan yang lebih sporti berbanding generasi awal Audi Q3.

SUV Audi Q3 ini dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.4 liter TFSI yang berupaya menghasilkan 147 kuasa kuda dan 250 Nm yang memacu roda hadapan menerusi transmisi klac berkembar S tronic enam nisbah kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa sekitar 8.9 saat, namun ia memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api purata 7.2 liter/100 km.

 


Promosi untuk kedua-dua model Audi A5 Sportback dan SUV Audi Q3 ini boleh dinikmati untuk tempoh yang terhad. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk informasi lanjut atau untuk menempah temujanji, sila layari https://bit.ly/EuromobilAppointment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…