Audi tambah cara namakan model - Guna angka 30, 45, 55

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harus diakui, penamaan sesuatu model kenderaan adalah penting kerana ia adalah refleksi tentang apa yang hendak diberitahu oleh pengeluar.

Contohnya Honda Civic Type R. Maknanya kereta orang kebanyakan tetapi laju. Atau Perodua Myvi yang merujuk kepada My Vision atau Malaysian Vision.

Walaupun ada nama yang pelik-pelik dan lucu tetapi terdapat sejarah dan sebab signifikan kenapa ia dipilih.

Selain itu, pengeluar kenderaan Mat Saleh biasanya menggunakan nama yang mudah-mudah sahaja. Sama ada guna abjad atau angka.

Misalnya, BMW 320i, Volvo V40, Mercedes-Benz A250. Kan lebih senang nak sebut, tulis dalam kad pendaftaran pun mudah, tak ada lah Abang atau Kakak JPJ penat nak taip dan periksa.

Cuba bayangkan nak tulis Nurburgring Special Fastest Spec SE LE EXZH(*&(*&. 

 

Audi tambah cara namakan model - Guna angka 30, 45, 55

 

Selain jenama Eropah disebutkan tadi, Audi turut mempunyai siri nama model yang mudah dan senang nak disebut. Ia bermula dari A untuk kereta penumpang seperti A1, A2, A3 hinggalah A8. Manakala model SUV pula dimulakan oleh Q hinggalah yang paling besar Q7.

Model prestasi pula dikenali dengan R8. Syukurlah Proton dah keluarkan Satria R3 lebih awal. Kalau tidak keliru juga nak beli Audi atau Proton.

Sekarang ini walaupun sudah mudah dan senang diingat, Audi mahu tambah lagi. Pengeluar itu mahu menambah siri angka kuasa selepas nama model yang digunakan.

Jenama Audi A1 hingga Audi Q7 masih kekal cuma identiti kuasa tersebut akan mengelaskan tahap output yang ada dan ia terpakai untuk enjin biasa dan juga model e-tron dengan kuasa hibrid atau elektrik.

Pengelasan kuasa Audi pula tidak mengikut HP tetapi berdasarkan kilowatts (kW). Berikut ialah ringkasan penamaan baharu Audi:

  • Nombor 30 akan tampil untuk output kuasa di antara 81 hingga 96 kW (110 PS dan 130 PS)
  • Nombor 45 untuk kuasa di antara 169 dan 185 kW (230 PS dan 252 PS)
  • Nombor tersebut tampil bersama teknologi enjin digunakan seperti TSFI, TDI, g-tron atau e-tron
  • Penamaan akan bermula dari Audi A1 25 TFSI hinggalah kepada Audi A8 55 TFSI
  • Model prestasi seperti S, RS dan R8 pula kekal tanpa indikator kuasa

 

Audi tambah cara namakan model - Guna angka 30, 45, 55

 

Penamaan baharu tersebut dilakukan kerana saiz enjin tidak lagi melambangkan kuasa selain daripada teknologi alternatif yang ada pada masa kini. Jadinya, pengkelasan berdasarkan output kuasa dilihat lebih relevan untuk setiap model berbeza.

Perubahan nama akan mula digunakan pada model Audi A8 baharu nanti. Model 3.0 TDI dengan kuasa 210 kW akan dinamakan sebagai Audi A8 50 TDI manakala model 3.0 TFSI dengan kuasa 250 kW pula dinamakan Audi A8 55 TFSI.

Penjenamaan model-model lain akan disusuli selepas itu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…