Audi sasar satu pertiga jumlah keseluruhan jualan adalah kenderaan elektrik pada 2025

oleh Mohamad Hanif|
Audi kini menyahut seruan kerajaan UK melalui kempen Road To Zero dengan mensasarkan satu daripada tiga pelanggannya bakal memilih dan memiliki sebuah kenderaan elektrik menjelang 2025.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat itu mengesahkan bahawa setiap barisan model yang dikeluarkan bakal mempunyai pilihan kuasa elektrik sepenuhnya dan peratusan kecil terdiri daripada model plug-in hybrid (PHEV). 
 

Dengan jumlah pelaburan mencecah £35 bilion (~RM189 bilion)* disasarkan untuk pembangunan kenderaan elektrik, pendigitalan dan pemanduan autonomi, Audi berazam untuk menjadi pengeluar nombor satu kenderan elektrik bagi segmen premium.

Audi kini di dalam perancangan untuk melancarkan SUV e-tron berkuasa elektrik sepenuhnya pada hujung tahun ini, dengan kemampuan pengecasan pantas 150kW dan jarak perjalanan sejauh 400 km dicapai dengan pengecasan penuh.

Turut disertakan di dalam pelan elektrifikasi model-model keluaran Audi ialah e-tron Sportback pada tahun 2019 dan e-tron GT pada tahun berikutnya. 

Sumber: AutoExpress UK
*menurut kadar pertukaran wang semasa

Berita Berkenaan

Uncategorized
Ini adalah susulan cadangan daripada Department for Transport (DfT) bagi mengadakan nombor…