Audi RS6-R Avant ABT - wagon paling jahat di alam semesta!

oleh Mohamad Hanif|
Khusus buat para peminat wagon, ABT selaku rumah penala yang sinonim dengan jenama Audi telah memperkenalkan sebuah station wagon yang sangat-sangat-sangat jahat, malahan lebih jahat berbanding apa yang pernah kami paparkan sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Audi RS6-R standard, jika dilihat seimbas lalu sudah pun cukup jahat untuk dijadikan sebagai sebuah jentera milik peribadi, namun ABT tetap mempunyai resepi tersendiri bagi menjadikan wagon ini arca beroda empat yang cukup ganas.

 


Di bahagian hadapan, pihak ABT telah memasang lip spoiler pada bumper yang cukup agresif itu, serta memberikan sedikit sentuhan kepada rekaan diffuser di bahagian belakang.

Sisi wagon ini dihiasi dengan kemasan pada fender serta pemasangan skirt sisi, dan difahamkan tidak kurang daripada 10 komponen baharu berasaskan gentian karbon yang didatangkan pada wagon ini termasuklah rim aloi bersaiz 22 inci.

 


Dari segi kuasa, Audi RS6-R standard sudah cukup berupaya untuk menyalurkan 591 kuasa kuda dan 800 Nm daya kilas serta pecutan sepantas 3.6 saat dari pegun ke 100 km/j.

Namun, ABT telah menala kembali enjin 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar supaya mampu menghamburkan kuasa tambahan sehingga 730 kuasa kuda dan 920 Nm daya kilas, selain menala kembali sistem suspensi untuk pengendalian yang lebih cemerlang di selekoh.

 


Hasil sisa-sisa pembakaran bahan api disalurkan ke luar menerusi sistem perpaipan keluli tahan karat yang diakhiri dengan tip ekzos oval berkembar di kiri dan kanan yang diperbuat daripada gentian karbon.

Sehingga artikel ini ditulis, ABT tidak mendedahkan harga jualan sebenar bagi model Audi RS6-R ABT ini, namun hanya 125 unit sahaja Audi RS6 Avant standard dalam dunia ini akan ditala supaya mampu menjadi sebuah station wagon yang serba jahat ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kisah wagon pantas Mercedes-Benz bermula apabila Richard Buxbaum, pengasas AMG cawangan Amerika…
Telah Diuji
Sudah banyak SUV yang penulis uji sebelum ini, dan ada di antaranya menawarkan spesifikasi yang…
Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada Volkswagen ID.7 Tourer 2024, sebuah wagon berkuasa elektrik yang…