Hanya 64 unit sahaja Audi RS6 Johann Abt yang akan diproduksikan dan malang sekali, kesemua unit telah pun habis terjual.
Pakej naiktaraf tersebut merangkumi modifikasi terhadap enjin asal 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar, di mana ia kini mampu menghasikan 790 kuasa kuda dan 1,000 Nm.
Peningkatan daripada kuasa asal 591 hp dan 800 Nm itu berjaya dicapai menerusi menggunaan unit pengecas turbo baharu, intercooler yang lebih besar, penambahan sistem penyejukan jenis minyak, ECU dan juga sistem ekzos bespoke.
Kesemua ini membolehkan wagon pantas ini memecut dalam tempoh 2.91 saat dari 0-100 km/j dan mencapai kelajuan 200 km/j dalam 9.79 saat, atau 300 km/j dalam tempoh 28.35 saat.
Penampilan luar Audi RS6 ini dikemaskan dengan kit badan unik yang merangkumi aksen gentian karbon merah gelap badap bahagian depan, belakang, skirt sisi, serta cermin sisi.