Audi RS6 Avant - wagon garang 591 hp!

oleh Mohamad Hanif|
25 tahun berlalu sejak pengenalan pertama jenama yang ikonik dengan Audi, iaitu RS, dan Audi memulakan langkah mereka dengan membawakan kepada pasaran Amerika Syarikat sebuah wagon berkuasa, Audi RS6 Avant.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Membawakan semangat Audi RS, wagon RS6 Avant ini direka sejak dari awal untuk menjadi sebuah jentera yang serba agresif, dimulakan dengan penampilan gril yang agak besar diapit dengan dua bukaan kemasukan udara di sisi. 

Semangat agresif diteruskan pada reka bentuk bampar belakang yang dipasang dengan diffuser, tip ekzos berkembar dan dikontraskan dengan trim berwarna perak melintangi bahagian tersebut. 
 


Menjadi sebuah RS tidak sah tanpa enjin yang berkuasa. 

Dan di balik hud enjin RS6 Avant ini, terletaknya nadi kuasa bentangan V8 4.0 liter hibrid turbo berkembar yang mampu menghamburkan 591 kuasa kuda dan 800 Nm daya kilas menerusi sistem pacuan semua roda Quattro. 

Dengan bantuan transmisi Tiptronic lapan nisbah kelajuan, RS6 Avant mampu memecut sepantas 3.6 saat dari titik pegun sebelum mencapai kelajuan 100 km/j dan kelajuan maksima sepantas 250 km/j. 
 


Perlahan? Usah risau, kerana Audi ada menawarkan pakej Dynamic untuk membolehkan RS6 Avant anda mencapai 280 km/j dan pakej Dynamic Plus (305 km/j).

Terima kasih kepada penggunaan diff mekanikal yang mampu menghantar sehingga 70 peratus kuasa kepada roda hadapan atau 85 peratus ke roda belakang sekiranya diperlukan. 

Tugas pengendalian pula diserahkan kepada sistem suspensi udara yang memberikan RS6 Avant ketinggian 20 mm lebih rendah berbanding A6 Avant, dan boleh direndahkan lagi sebanyak 10 mm ketika kelajuan melebihi 120 km/j.
 


Terdapat mod lift yang membolehkan RS6 Avant ditinggikan untuk seketika apabila sedang melalui jalan yang tidak menyenangkan, seperti kawasan parkir bertingkat yang tidak mesra kereta rendah. 

Opsyen tambahan yang ditawarkan adalah RS Sports Suspension Plus dengan ciri Dynamic Ride Control (DRC). 

Ciri DRC ini menggunakan spring keluli yang dipadankan dengan penyerap hentak boleh laras tiga peringkat bagi meningkatkan kualiti pemanduan dan mengurangkan olengan. 
 


Di ruang dalaman, ciri-ciri yang spesifik kepada RS turut disertakan seperti meter tekanan G, status suhu, meter kuasa, daya kilas, tekanan boost, masa pusingan serta grafik RS. 

Audi RS6 Avant menawarkan sehingga enam mod pemanduan iaitu Comfort, Auto, Dynamic, Efficiency termasuklah dua mod RS (RS1 dan RS2) yang boleh dikonfigurasikan beberapa tetapan seperti tekanan pendikit, input stereng, dan kadar penyerapan hentakan yang diperlukan. 

Satu perkara bonus, sebagai sebuah wagon Audi RS6 Avant menawarkan ruang kargo yang amat besar, iaitu 565 liter yang boleh dimaksimakan kepada 1,680 liter!
 


Harga jualan masih belum diketahui, namun Audi RS6 Avant akan mula dijual menjelang suku pertama tahun 2020. 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, anda boleh mendapatkan model ini pada harga bermula dari RM646,990 (atas…
Berita Global
Walaupun masih lagi penuh dengan pelekat samaran bagi mengaburi pandangan umum, terdapat satu…
Berita Global
Ini kerana sebuah lagi jenama premium Jerman, Audi diberitakan bakal hadir dengan sebuah EV…