Audi RS6 Avant, RS7 Sportback mula dijual di Malaysia - bermula dari RM976 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada dua model baharu Audi Sports iaitu Audi RS4 Avant dan Audi RS5 Sportback, pihak Audi Malaysia turut membawakan dua buah lagi model berprestasi tinggi untuk dinikmati oleh para peminatnya yang tersendiri, iaitu Audi RS6 Avant dan Audi RS7 Sportback.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dari segi sepsifikasi, kedua-dua model RS6 Avant dan RS7 Sportback hadir dengan nadi 4.0 liter TFSI bentangan V8 yang menghasilkan kira-kira 600 kuasa kuda dan 800 Nm daya kilas (bermula dari 2,050 rpm-4,500 rpm).

Kuasa itu tadi disalurkan kepada sistem pacuan quattro menerusi transmisi automatik lapan nisbah kelajuan serta menampilkan ciri diff tengah jenis self-locking.

 


Prestasi atas jalanan pula diterjemahkan kepada pecutan sepantas 3.6 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi sekitar 280 km/j.

Penampilan fizikal Audi RS6 Avant diserikan dengan pakej luaran karbon serta warna hitam berkilat, sistem lampu utama LED Matrix HD dengan lampu laser, lampu belakang jenis LED, lampu membelok dinamik, set rim bersaiz 22 inci dengan tayar 285/30 serta sistem brek RS dengan angkup brek berwarna merah.

Sementara model Audi RS7 Sportback pula menampilkan kemasan luaran yang lebih sporti seperti trim gentian karbon.

 


Penawaran untuk ruang kabin bagi kedua-dua model ini terdiri daripada sistem kawalan iklim empat zon automatik sebagai ciri standard, sistem tetapan stereng elektrik, tempat duduk Audi Sports dengan sistem pemanasan dan ventilasi udara, hiasan dalaman anthracite dan aluminium, pedal kaki keluli tahan karat, roda stereng jenis bawah rata dan upholsteri kulit Valcona.

Sistem infotainmen yang didatangkan merangkumi ciri MMI navigation, MMI touch, serta sistem audio premium Bang & Olufsen standard untuk model RS7 Sportback dan opsyen untuk model RS6 Avant.

 


Sistem keselamatan bagi kedua-dua model ini terdiri daripada ciri Audi pre sense, bantuan lintasan trafik hadapan, bantuan penukaran laluan dengan amaran keluar, amaran lintasan trafik belakang, amaran keluar laluan, bantuan parkir dengan kamera 360 darjah dan cagak ISOFIX.

Harga jualan untuk Audi RS6 Avant untuk pasaran Malaysia bermula dari RM976,309 manakala Audi RS7 Sportback pula bermula dari RM988,544.

 


Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Penawaran terbaharu dari pengeluar itu ialah sebuah Audi RS6 Avant GT yang mampu memalukan…
Berita Global
Namun, dengan kedalaman poket yang tidak terbatas, anda boleh mendapatkan khidmat daripada syarikat…
Berita Global
Kempen ini melibatkan model-model seperti sedan A6 (2019-2021), A6 Allroad (2020-2021), sedan S6,…