Audi RS6 Avant MTM - wagon berkuasa 1,001 hp!!

oleh Mohamad Hanif|
Dunia prestasi di zaman moden, angka ratusan kuasa kuda itu bukan lagi satu benda yang sangat asing, malah kebanyakan rumah penala juga sudah pun mempunyai resepi yang tersendiri untuk menjadikan kereta talaan mereka lain daripada yang biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti contoh, wagon pantas Audi RS6 Avant yang dipaparkan dalam artikel ini datangnya daripada MTM, dan ia bukanlah wagon yang biasa, ia super luar biasa!

Dengan sentuhan MTM, wagon ini telah diubahsuai dengan unit pengecas turbo baharu, perisian, dan beberapa komponen lain yang membolehkan enjin asal 4.0 liter V8 turbo berkembar itu mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,001 hp dan 1,250 Nm.

Satu angka yang cukup menakutkan banyak supercar di luar sana.

 


Dengan kuasa sebegitu besar, Audi RS6 Avant MTM ini mampu memecut sepantas 2.9 saat dari 0-100 km/j, mencapai kelajuan 200 km/j dalam masa 8.6 saat dan kelajuan tertinggi melangkaui 350 km/j.

Ujian pusingan telah dilakukan di litar Hockenheim GP oleh SportAuto dan mereka berjaya memperoleh catatan masa tidak rasmi sekitar 1:53.40.

Sebagai rujukan, catatan masa itu jauh mengatasi rekod yang telah dicapai oleh kereta-kereta berikut:

  • Porsche 718 Cayman GT4 (1:53.90)
  • Porsche Taycan Turbo (1:54.10)
  • BMW M5 Competitin (1:54.20)
  • Ford Mustang Shelby GT500 (1:54.60)
  • Audi Rs V10 Spyder Performance (1:55.20).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penawaran terbaharu dari pengeluar itu ialah sebuah Audi RS6 Avant GT yang mampu memalukan…
Berita Global
Namun, dengan kedalaman poket yang tidak terbatas, anda boleh mendapatkan khidmat daripada syarikat…
Berita Global
Kempen ini melibatkan model-model seperti sedan A6 (2019-2021), A6 Allroad (2020-2021), sedan S6,…