Audi RS6 Avant GT, wagon pantas berkuasa 621 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Volvo, Audi juga merupakan salah satu pengeluar yang mampu menghasilkan sebuah wagon cantik dan lebih berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penawaran terbaharu dari pengeluar itu ialah sebuah Audi RS6 Avant GT yang mampu memalukan kembarnya RS6 Avant Performance terutama dari segi pecutan.
 

Audi


Ini kerana, Audi RS6 Avant GT ini menggunakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar yang sama seperti model Avant Performance, namun dengan pecutan 0-96 km/j sepantas 3.2 saat, atau 0.1 saat lebih pantas.

Dengan kuasa sekitar 621 hp dan 847 Nm, RS6 Avant GT ini mampu mencecah 200 km/j dalam masa 11.5 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 306 km/j.
 

Audi


Audi turut menala kembali aspek gantungan wagon ini, dengan memadankan suspensi gegelung boleh laras secara manual yang mampu merendahkan ketinggian sebanyak 10 mm, diikuti dengan bar pengimbang, peredam boleh laras elektronik tiga tahap, dan komponen pembeza yang telah dinaiktaraf.

Selain itu, keempat-empat sudut telah dipasangkan dengan rim bersaiz 22 inci yang dibaluti getah Continental Sport Contact 7 yang lebih melekat di atas jalan.
 

Audi


Liveri luaran Audi RS6 Avant GT ini banyak diinspirasikan daripada jentera lumba lagenda Audi 90 Quattro IMSA GTO, dan buat pertama kalinya ia dilengkapi dengan hud gentian karbon.

Kemasan ruang kabin wagon ini terdiri daripada balutan kulit hitam dan Alcantara, diikuti dengan jahitan berwarna merah pada tempat duduk sports jenis bucket.
 

Audi


Difahamkan, hanya 660 unit sahaja Audi RS6 Avant GT yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan harga jualan hanya akan diumumkan kelak.