Namun, dengan kedalaman poket yang tidak terbatas, anda boleh mendapatkan khidmat daripada syarikat penala kereta dari Amerika Syarikat, 1016 Industries untuk memadankan kit badan yang bersesuaian.

Ia bukan kit calang-calang, ini kerana 1016 Industries menghasilkan kit aerodinamik yang diperbuat daripada bahan gentian karbon penuh.
Antaranya, splitter hadapan, skirt sisi, spoiler belakang yang lebih menonjol diikuti dengan skup hud enjin yang juga diperbuat daripada bahan gentian karbon.

Berita baik, pemasangan kit badan aerodinamik yang disebutkan itu tadi tidak memerlukan sebarang pemotongan pada panel badan RS6 Avant standard, di mana pemilik boleh menanggalkannya pada bila-bila masa.
Selain daripada kit badan bernilai $20,000 (RM89,520), anda juga boleh memasangkan rim aftermarket RDB untuk menaikkan lagi seri wagon pantas ini.

Pembeli juga boleh terus mendapatkan sebuah Audi RS6 Avant yang telah siap diubahsuai dari 1016 Industries pada harga bermula dari $142,995 (RM640,046).