Audi RS4 Avant - sama garang macam abangnya RS6 Avant, 444 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah Audi RS6 Avant 2020 yang baru diperkenalkan bulan lalu, kini adik kecilnya pula mengikuti jejak langkah namun masih membawakan perwatakan yang garang - abang borek adik rintik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apa yang membezakan antara model facelift Audi RS4 Avant 2020 ini dengan model wagon sedia adalah lampu utama yang telah dikemaskini serta lampu LED matrix yang dikelilingi oleh bezel gelap. 

Selain daripada itu, rekaan gril rangka tunggal juga telah dilebarkan dan rekaan sarang lebah pada gril itu telah dikemaskan dengan warna hitam berkilat. 

 


Gugusan lampu belakang juga menerima rekaan baharu dan hiasan bahagian belakang wagon ini telah diakhiri dengan pemakaian diffuser berwarna hitam.

Model wagon pantas ini juga lebih lebar kerana menurut Audi mereka telah melebarkan keempat-empat arca roda sebanyak 30 mm berbanding model standard. 
 


Kemasan di bahagian dalaman juga tidak kurang hebatnya dimulakan dengan kerusi balutan kulit dengan corak jahitan berwarna merah ala-ala sarang lebah untuk kedua-dua baris tempat duduk. 

Skrin infotainmen bersaiz 10.1 inci MMI Audi turut menghiasi ruang tengah, manakala untuk pemandu pula disediakan kluster meter digital Virtual Cockpit dan stereng bawah rata yang dibaluti material Alcantara. 
 


Bagi memastikan ia masih sebuah RS, Audi telah mendatangkan enjin bentangan V6 2.9 liter turbo berkembar yang mampu menghamburkan kuasa setanding 444 ekor kuda dan daya kilas setinggi 600 Nm. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda Quattro dan mampu mencatatkan masa sepantas 4.1 saat dari 0-100 km/j!

Sempat untuk menghantar anak ke sekolah dengan pantas. 
 


Tidak seperti Audi RS6 Avant, Audi RS4 Avant ini tidak akan didapati untuk pasaran Amerika Syarikat. 

Namun, untuk pasaran Eropah, ia akan mula dijual bermula bulan ini dengan tanda harga bermula dari $88,982 (RM372,610). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang diduga, ia menampilkan peningkatan kuasa di mana talaan diberikan kepada enjin 2.9…
Pelancaran
Dua model yang dimaksudkan adalah Audi RS4 Avant 2020, serta Audi RS5 Sportback. Audi RS4 Avant…
Berita Global
Bagi menghilangkan kebosanan anda yang duduk di rumah, kami bawakan sebuah lagi contoh modifikasi…