Audi RS4 Avant, RS5 Sportback 2020 kini di Malaysia - bermula dari RM712 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Tiada sebarang petanda, namun Audi Malaysia secara senyap-senyap melancarkan beberapa buah model Audi Sports untuk pasaran Malaysia, terima kasih kepada laporan daripada rakan media Paultan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dua model yang dimaksudkan adalah Audi RS4 Avant 2020, serta Audi RS5 Sportback.

Audi RS4 Avant merupakan antara model facelift dari barisan RS yang telah diperkenalkan pada penghujung tahun lalu, membawakan nadi 2.9 liter V6 bi-turbo yang mampu menjana 450 kuasa kuda dan 600 Nm.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada semua roda (quattro) menerusi transmisi automatik lapan nisbah kelajuan yang didatangkan dengan fungsi tiptronik.

Dari segi pecutan, ia mampu mencapai 0-100 km/j dalam masa 4.1 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 280 km/j.

Antara kelengkapan standard yang dibawakan termasuklah lampu Matrix LED, lampu membelok LED dinamik, pakej penampilan hitam berkilat pada cermin sisi, rel bumbung, lencana, logo, dan grill, serta rim aluminium bersaiz 20 inci.

 


Sistem brek pula didatangkan dengan angkup brek RS berwarna merah yang boleh dinaiktaraf kepada unit seramik RS, juga dengan angkup berwarna merah.

Ruang kabin RS4 pula mendapat sistem kokpit virtual Audi spesifikasi RS, paparan head-up, sistem navigasi MMI Navigation, sistem bunyi Bang & Olufsen, serta balutan upholesteri kulit nappa dengan jahitan sarang lebah.

Tidak ketinggalan, terdapat sistem kawalan iklim tiga zon, pedal kaki keluli tahan karat, antaramuka peranti pintar Audi serta sistem Audi connect.

 


Sebuah lagi model adalah Audi RS5 Sportback yang membawakan spesifikasi yang serupa, seperti nadi 2.9 liter V6 bi-turbo (450 hp/600 Nm), sistem pacuan quattro, serta sistem transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

Namun, Audi RS5 Sportback mampu memecut sepantas 3.9 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 280 km/j.

Dari segi pakej, Audi RS5 Sportback banyak membawakan persamaan dengan model RS4 Avant seperti pakej penampilan hitam berkilat, lampu LED Matrix, lampu membelok LED dinamik, rim bersaiz 20 inci serta sistem ekzos sport.

 


Ciri yang membezakan antara kedua-dua model ini hanyalah struktur pintu RS5 Sportback tanpa rangka (frameless).

Selain daripada itu, ciri keselamatan bagi kedua-dua model ini adalah sama, seperti bantuan laluan aktif, Audi pre sense, bantuan penukaran laluan dengan amaran keluar, amaran lintasan trafik belakang, serta bantuan parkir yang dibantu dengan kamera 360 darjah.

Harga jualan untuk model RS4 Avant bermula dari RM712,399 manakala Audi RS5 Sportback pula bermula dari RM726,863.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Pelancaran
Kehadiran dua SUV pantas ini dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran SUV elektrik Audi untuk…
Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…