Audi RS3 Sedan kini pemegang rekod kereta produksi kompak terpantas di Neraka Hijau

oleh Mohamad Hanif|
Litar Nurburgring boleh diibaratkan sebagai pusat kepada segala prestasi kenderaan dinilaikan, dan catatan masa Renault Megane RS Trophy-R yang terdahulu nampaknya telah pun dipadamkan oleh Audi baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi model Audi RS3 Sedan, model pantas tersebut kini berjaya mencatatkan rekod pusingan 7:40.748 di atas Litar Nurburgring.
 

Audi RS3 Sedan Nurburgring


Sebagai perbandingan, catatan masa Renault Megane RS Trophy-R adalah sekitar 7:45.38 manakala pesaing rapatnya A 45 S nyata lebih perlahan dalam satu ujian masa tidak rasmi.

Audi RS3 Sedan dilancarkan sekali bersama-sama Audi RS3 Sportback pada bulan lalu, di mana duo pantas ini dilengkapi dengan enjin lima silinder sebaris 2.5 liter yang menghasilkan 401 hp dan 500 Nm (394 hp mengikut spesifikasi Euro), dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.
 

Audi RS3 Nurburgring


Sistem pacuan semua roda adalah standard, dan ia membolehkan Audi RS3 memecut sepantas 3.8 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 290 km/j.

Catatan masa itu dipecahkan oleh Audi ketika bulan Jun lalu, di mana pada ketika itu Audi RS3 Sedan masih lagi diselubungi pelekat samaran.

Baca: Audi RS3 Sedan, Sportback 2022 dilancarkan

Baca: Kenapa Nurburgring digelar Neraka Hijau?

Tiada sebarang modifikasi dilakukan, namun untuk catatan masa di Litar Neraka Hijau itu, Audi RS3 Sedan dilengkapi dengan tayar opsyen semi-slick Pirelli P Zero Trofeo, sistem suspensi adaptif RS Sport, serta brek seramik 380 mm di hadapan.

 

 

Audi RS3 Sedan pecah rekod Nurburgring

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia kini digunakan pada model berprestasi tinggi Audi RS3, dan terdapat kemungkinan ia akan ditala…
Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, anda boleh mendapatkan model ini pada harga bermula dari RM646,990 (atas…
Berita Domestik
Ciri menarik yang ada pada Audi RS3 Sedan? 1. Enjin inline-5 Enjin 2.5 liter TFSI itu mampu…