Audi RS3 Sedan 2022 - tempahan dibuka, harga anggaran dari RM690k-RM750k

oleh Mohamad Hanif|
Anda kini sudah boleh mula menempah model pemegang rekod sedan terpantas di Litar Nurburgring, Audi RS3 Sedan di semua Audi Centre Juru, Glenmarie dan juga Setia Alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia menampilkan penawaran trenkuasa yang unik, iaitu enjin lima silinder sebaris TFSI 2.5 liter yang mampu menjana kuasa setinggi 401 hp dan daya kilas 500 Nm dengan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.8 saat sahaja.
 

Audi RS3


Berbanding model S3, Audi RS3 mempunyai tetapan suspensi sports RS yang lebih rendah 10 mm, dengan kit badan yang jauh lebih agresif, rekaan lampu LED dengan grafik bendera garis penamat, serta rim bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar Pirelli P Zero Trofeo R.

Ruang kabin RS3 pula mendapat kelengkapan bercirikan prestasi seperti roda stereng RS Sport balutan kulit dan Alcantara, butang fungsi RS Mode, paddle shifter zink tuang, serta tempat duduk sport RS dengan balutan kulit Nappa (opsyen).
 

Audi RS3


Terdapat skrin Audi Virtual 12.3 inci serta skrin tengah 10.1 inci dengan paparan grafik khas RS yang sporti, serta informasi yang sangat berguna semasa pemanduan yang agresif di litar.

Berdasarkan cubaan yang dibuat tahun lalu, Audi RS3 Sedan berjaya mencatatkan rekod pusingan di Litar Nordschleife Nurburgring sepantas 7:40.748 mengalahkan Renault Megane RS Trophy-R (7:45.38).
 

RS3


Harga jualan anggaran Audi RS3 Sedan 2022 ini bermula dari RM650,000 hingga RM750,000.

Kesemua model Audi yang dijual hadir dengan pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan perbatuan tanpa had serta bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Baca: Audi RS3 Sedan & Sportback 2022

Baca: Audi RS3 Sedan pecah rekod Litar Nurburgring

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia kini digunakan pada model berprestasi tinggi Audi RS3, dan terdapat kemungkinan ia akan ditala…
Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, anda boleh mendapatkan model ini pada harga bermula dari RM646,990 (atas…
Berita Domestik
Ciri menarik yang ada pada Audi RS3 Sedan? 1. Enjin inline-5 Enjin 2.5 liter TFSI itu mampu…