Audi RS3 Schaeffler 4ePerformance - 1,200 PS daripada empat buah motor elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi penglibatannya di dalam pasukan Formula E Audi, Schaeffler kini menterjemahkan idea gila mereka pada sebuah Audi RS3 bagi menghasilkan sebuah kereta elektrik berkuasa 1,200 PS.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti kereta elektrik tipikal yang dilengkapi dengan satu atau dua motor elektrik pada gandar hadapan dan belakang, projek Audi RS3 Schaeffler ini menggunakan empat buah motor elektrik setiap satu untuk keempat-empat tayar. 
 

Dengan kuasa maksimum dicatatkan sebanyak 220 kW (400 PS) untuk sebuah motor elektrik, projek Schaeffler 4ePerformance ini mampu menghamburkan sejumlah 1,200 PS hanya dengan menggunakan kuasa elektrik sahaja. 

Bagi menyalurkan kuasa kepada keempat-empat motor tersebut, Schaeffler membekalkan dua buah pek bateri dengan kapasiti 64 kWh setiap satu untuk projek ujikaji ini. 

Berikut merupakan spesifikasi Audi RS3 'Schaeffler 4ePerformance' yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

  • motor elektrik daripada kereta lumba Abt Schaeffler FE01 Formula E
  • empat buah motor elektrik, 220 kW setiap satu 
  • kuasa maksimum 1,200 PS (880 kW)
  • 320 Nm daya kilas maksimum
  • 0-200 km/j dalam masa kurang dari 7 saat
  • rekaan konsep dari Schaeffler Technologies
  • transmisi daripada Schaeffler Engineering
  • rekaan kenderaan daripada Schaeffler Technologies dan ABT Sportsline

Saksikan video di bawah yang diterbitkan oleh Schaeffler berkenaan projek 4ePerformance mereka. 

 

 

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…