Audi R8 LMS Cup- Alex Yoong bangkit dan menang pusingan ke 2

oleh DIANA ISMADI|
Bekas pemandu F1 Alex Yoong yang merupakan juara bertahan Audi R8 LMS Cup bangkit untuk memenangi pusingan kedua di hadapan penyokong beliau di Litar Antarabangsa Sepang.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 
 

 

Pemandu pasukan Audi R8 LMS Cup yang terus kekal berada di hadapan dari mula perlumbaan sehingga melepasi garisan penamat itu berjaya merampas kedudukan podium yang dipegang oleh pelumba muda dari Belgium, Alessio Picariello  daripada pasukan MGT by Absolute pada pusingan pertama.

Picariello yang begitu konsisten sepanjang perlumbaan pada musim ke enam Audi R8 LMS Cup ini mendahului dengan mengumpul 45 mata secara keseluruhan menjadikan beliau menduduki tempat pertama di senarai kedudukan.

 
 

 

Alex Yoong yang mengumpul 31 mata secara keseluruhan berada di tempat kedua di senarai kedudukan dan diekori rapat oleh Martin Rump dari pasukan Champion Racing Team yang menduduki tempat ketiga dengan mengumpul 28 mata secara keseluruhan.

Sementara itu, seorang lagi pemandu kelahiran Malaysia, Mitch Gilbert, 22, yang memandu bagi pasukan OD Racing Team berjaya menaiki podium buat kali pertama dalam pusingan kedua walaupun kecewa kerana gagal menamatkan perlumbaan dalam pusingan pertama.

 
 

 

Pengarah Audi Sport Cutomer Racing Bernd Goeres berkata, lima pemandu yang berbeza menduduki podium pada minggu ini menunjukkan bahawa saingan pada musim ke-6 Audi R8 LMS Cup begitu sengit.

Alex Yoong yang telah menjuarai Audi R8 LMS Cup sebanyak tiga musim bertekad untuk memberi ganjaran kepada penyokong dari tanah air dengan menunjukkan pemanduan di dalam kelasnya yang tersendiri.

 
 

 

Audi R8 LMS Cup 2017 di musim ke-6 ini membawa pelbagai pembaharuan seperti penggunaan semula butang “push-to-pass” dan sesi kelayakan (ujian masa) berasingan bagi setiap perlumbaan yang sememangnya mengujakan pemandu dan para peminat Audi R8 LMS Cup.

Pada bulan hadapan, Audi R8 LMS Cup akan kembali beraksi dan akan membuat kemunculan sulung di Litar Suzuka yang merupakan litar ikonik Japanese Grand Prix.

Audi 10 Audi 12

Gambar diambil dari:audi-motorsport-asia