Audi R8 Japan Final Edition, hanya lapan unit sahaja ditawarkan

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Audi TT yang telah pun ditamatkan pengeluarannya pada bulan lepas, sebuah lagi model pantas Audi bakal berkubur selepas tahun 2023 melabuhkan tirainya, iaitu Audi R8.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas melancarkan model V10 GT RWD pada tahun lepas, tiba giliran Audi Jepun untuk melancarkan R8 Japan Final Edition, di mana angka produksi dihadkan sebanyak lapan unit sahaja.
 

R*

 

Menggunakan asas Audi R8 V10 Quattro, kesemua lapan unit R8 tersebut didatangkan dengan skema tiga warna utama Jepun, iaitu putih, merah dan emas.

Warna Ibis White Matte pada bahagian luaran digandingkan dengan rim aloi 20 inci kemasan matte bronze seakan emas, diikuti dengan angkup brek berwarna merah berkilat.

 

R8


Ruang kabin Audi R8 edisi khas ini didatangkan dengan tema warna dua tona (hitam/Alabaster White), sementara tempat duduk dibaluti kulit Nappa manakala headliner dan belakang tempat duduk pula mendapat kemasan Alcantara.

Di ambang pintu pula terdapat plet bernombor individu yang menggambarkan tahap eksklusiviti model tersebut.
 

R7


Audi R8 Japan Final Edition membawakan nadi bentangan V10 5.2 liter aspirasi semula jadi yang mampu menjana kuasa 612 hp dan 580 Nm, dipadankan dengan sistem pacuan semua roda dan transmisi S-tronic tujuh kelajuan.

Di Jepun, Audi R8 edisi terhad itu dijual pada harga bermula dari ¥35,080,000 (RM1,156,286), di mana setiap pemilik akan mendapat plet kenang-kenangan yang lengkap dengan nombor VIN.

Baca: Audi R8 V10 RWD GT