Audi R8 Coupé V10 GT RWD, kereta super pacuan belakang bos!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Audi R8 Coupé V10 GT RWD
Audi R8 Coupé V10 GT RWD
Pada tahun 2010 sebuah kereta super bernama Audi R8 GT diperkenalkan kepada umum. Kini model pengganti kembali iaitu Audi R8 Coupé V10 GT RWD dengan enjin V10 berkuasa 620PS.

Menurut Audi, ini adalah unit pacuan roda belakang paling berkuasa pernah dihasilkan mereka. Kuasa asal model R8 V10 RWD ialah 570PS.

Tidak semua orang boleh memiliki model terbaru ini dan pengeluaran dihadkan kepada 333 unit sahaja untuk pasaran dunia dan 15 unit dikhaskan kepada pasaran United Kingdom.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Audi R8 GT Coupe 2010
Audi R8 GT Coupe 2010

 

Sebelum baca lebih jauh, bayangkan kereta ini pacuan roda belakang, tiada quattro dengan enjin 5.2 liter V10 dan daya kilas 565 Nm dari 6,400 hingga 7,000rpm (maksimum 8,700 rpm).

Pasti pengendaliannya mempesonakan ditambah dengan kelajuan maksimum 320 km/j. Pecutan 0-100 km/j hanya memerlukan 3.4 saat manakala 0-199 km/j pula 10.1 saat. 

Satu lagi perbezaan ialah transmisi baharu tujuh kelajuan dua klac dengan masa tukaran lebih pantas.

Nisbah gear telah diubah selain lebih laju dan kotak gear ini juga memberikan pecutan lebih hebat pada setiap gear.

Sebagai tanda istimewa, pancarongga pengambilan (intake manifold) diwarnakan hitam.

Tiada quattro, guna mod Torque Rear

Audi R8 Coupé V10 GT RWD

 

Selain itu, buat kali pertama Audi Sport menawarkan mod Torque Rear dengan gelinciran dikawal pada gandar belakang melalui sistem kawalan cengkaman (ASR). 

Ianya sebahagian daripada ESC. Tujuh karakteristik lengkungan disimpan di dalam ASR dan menawarkan tahap sokongan berbeza. Maklumlah kereta ini bukan pacuan semua roda.

Tahap satu hanya membenarkan sedikit gelinciran manakala tahap tujuh pula lebih bebas dan tahap daya kilas belakang yang diinginkan boleh ditetapkan melalui butang kawalan pada stereng.

Ianya berfungsi mengikut maklumat dari sensor kelajuan roda, sudut stereng, posisi pedal pemecut dan pilihan gear dan unit kawalan enjin mengira kuasa enjin pada gandar belakang.

Ringan 20 kg, 1570 kg

 

Audi R8 Coupé V10 GT RWD

 

Berbanding R8 Coupé V10 performance RWD, beberapa langkah telah diambil bagi mengurangkan berat kereta dan hasilnya 20 kg dapat dijimatkan dengan berat tanpa pemandu 1,570 kg.

Model terhad ini menggunakan roda khas 20 inci dengan rongga besar dan berasaskan model permotoran Audi.

Ianya boleh dipadan bersama tayar berprestasi Michelin Sport Cup 2 yang direka untuk jalan raya biasa dan bermain di litar.

Menghentikan kereta ialah set brek seramik berkuasa tinggi yang turut menjimatkan berat keseluruhan.

Bar antigoleng CFRP

 

Audi R8 Coupé V10 GT RWD

 

Bar antigoleng depan diperbuat daripada plastik bertetulang gentian karbon (CFRP). 

Bersama gandingan dua rod penyambung yang diperbuat daripada aluminium saduran anod merah ianya turut menyumbang kepada penjimatan berat.

Ianya juga membantu dalam meningkatkan pegangan di jalan raya dan prestasi di selekoh.

Jika tidak mencukupi, Audi Sport menawarkan pilihan set suspensi dengan larasan mampatan dan lantunan.

Reka bentuk eksklusif, garang bertambah garang

 

Audi R8 Coupé V10 GT RWD

 

Bahagian luar R8 V10 GT RWD memang jelas berbeza dengan R8 V10 RWD. Model edisi khas ini dilengkapi Carbon Aerokit yang dibangunkan di dalam terowong angin.

Pakej ini menghasilkan lebih cengkaman di jalan raya dan juga kelajuan di selekoh yang lebih laju selain penampilan agresif.

Kit warna hitam kilat terdiri daripada splitter depan, sirip, pelindung skirt sisi, sirip sisi bampar belakang, peresap dan sayap belakang.

Untuk pasaran UK, kelengkapan seperti penutup enjin dan bilah sisi gentian karbon dan perumah cermin sisi gentian karbon kilat dijadikan ciri standard.

 

Audi R8 Coupé V10 GT RWD

 

Kelengkapan tambahan pula merangkumi sistem bunyi B&O, lapik bumbung Alcantara berlian dan lampu utama laser berwarna sedikit gelap.

Satu lagi identiti istimewa ialah tulisan R8 GT dan kesemua logo berwarna hitam dan mombor siri ditempatkan pada konsol gear.

Pada bahagian dalam, Audi Sport memberikan penghormatan kepada R8 GT generasi pertama dengan kombinasi warna hitam dan merah.

 

Audi R8 Coupé V10 GT RWD

 

Tali pinggang keledar warna merah seperti R8 GT. Alas kaki, dan kerusi bucket menggunakan tulisan model istimewa dalam warna hitam dan merah.

Untuk warna badan dan sama seperti model terdahulu, R8 GT baharu ini didatangkan dalam warna Suzuka Gray kusam.

Jika mahukan warna lain, Audi Sport menawarkan warna Tango Red Metallic, Mythos Black Metallic dan Daytona Gray Metallic.

Harga? Belum keluar lagi bos!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Audi R8 Coupé V10 GT RWD