Untuk musim debut Audi di grid F1, pasukan akan menurunkan gandingan pemandu Nico Hulkenberg dan Gabriel Bortoleto. Audi turut menyatakan sasaran jangka panjang untuk bersaing di tahap tertinggi dan memburu kejuaraan menjelang 2030.
Tema livery Audi R26, Revolut jadi penaja utama
Dari segi visual, livery Audi R26 menampilkan gabungan tona titanium silver bersama elemen merah terang yang sinonim dengan identiti Audi. Dalam versi akhir yang didedahkan di Berlin, Revolut dinamakan sebagai title sponsor, manakala logo empat cincin Audi turut dipaparkan pada bahagian engine cover.
Audi sebelum ini sudah berkongsi konsep livery pada satu acara pada November, namun pelancaran kali ini merupakan versi akhir untuk musim 2026.


Binotto jangka musim 2026 mencabar untuk Audi
Walaupun Audi membawa ambisi besar, Mattia Binotto selaku ketua projek F1 Audi mengakui beliau menjangka musim 2026 boleh menjadi permulaan yang mencabar. Cabaran utama datang daripada hakikat bahawa Audi akan menghasilkan enjin sendiri, sedangkan beberapa pengeluar lain mempunyai pengalaman panjang dalam pembangunan power unit F1.
Dengan peraturan baharu 2026, setiap pengeluar perlu menghasilkan enjin generasi baharu dari asas. Disebabkan Audi masih membina keupayaan dan proses kerja mereka, ia dianggap satu tugas besar untuk terus menyamai pencabar yang lebih established pada peringkat awal.

Operasi pasukan di Switzerland, Jerman dan UK
Operasi Audi F1 akan disokong oleh beberapa pusat di Eropah. Chassis dan race operations diuruskan dari Hinwil, Switzerland. Pembinaan power unit dibuat di Neuberg, Jerman. Pasukan juga menubuhkan pusat teknologi di Bicester, England.

Ujian pra musim 2026 dan perlumbaan pertama
F1 2026 dijadualkan mempunyai tiga sesi pre-season testing sebelum pembukaan musim. Ujian pertama ialah acara tertutup di Barcelona pada 26 hingga 30 Januari. Dua lagi sesi ujian berlangsung di Bahrain iaitu pada 11 hingga 13 Februari, kemudian 18 hingga 20 Februari.

Perlumbaan pertama musim 2026 ialah Australian Grand Prix di Melbourne dari 6 hingga 8 Mac. Sesi latihan pertama berlangsung pada Jumaat 6 Mac, diikuti Qualifying pada Sabtu 7 Mac dan perlumbaan utama pada Ahad 8 Mac.
Sumber: Sky Sports