Audi Quattro kembali ke kancah WRC?

oleh Mohamad Hanif|
Dengan layangan liveri berwarna kuning dan putih seakan model jentera rali S1 Quattro, anda mungkin menganggap bahawa Audi kini sudah kembali semula ke perlumbaan World Rally Championship (WRC).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, hakikatnya ia bukanlah usaha rasmi daripada Audi sendiri, sebaliknya ia merupakan jentera Audi A1 yang bakal digunakan oleh pasukan EKS JC yang diketuai oleh pelumba rali Mattias Ekström.

Pasukan yang baru ditubuhkan itu dibantu oleh Rally Technic, dan mereka memperlihatkan sebuah jentera rali spesifikasi Rally2 dan berkeupayaan untuk bertanding di dalam kategori WRC2 dan WRC3.

 


Menurut Ekström, "apabila generasi baharu Audi A1 dilancarkan, kami tahu kami akan membina jentera baharu, dan semenjak semua orang tahu minat saya dalam dunia rali, ia menjadi jelas kami akan membina sebuah kereta rali.

"Kereta tersebut sudah bersedia, cuma memerlukan beberapa kerja persiapan, dan pengujian untuk mengumpul data.

Jentera Audi A1 itu dikuasakan oleh nadi empat silinder sebaris 1.6 liter turbo yang mampu menghasilkan 263 kuasa kuda dan dibantu dengan transmisi sekuential lima kelajuan.

Kuasa itu tadi disalurkan kepada semua roda menerusi sistem pacuan Quattro.

 


Ekström sebelum ini berlumba di dalam sebuah Audi S1 untu kejuaraan FIA World Rallycross Championship (2014-2019), dan berjaya memenangi gelaran pada tahun 2016, dan menghabiskan kedudukan di tempat kedua pada tahun 2017 dan 2018.

Beliau kemudian membuat kemunculan di dalam WRC pada kejuaraan Arctic Rally Finland Powered by CapitalBox dengan menggunakan Skoda Fabia di dalam kategori WRC3.

 


Nama Audi tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam sukan rali apabila pengeluar itu tampil dengan jentera pacuan empat roda Quattro berkuasa turbo pada era 1980-an, dan ia menjadi satu fenomena apabila Group B diperkenalkan pada tahun 1982.

Jentera A1 Quattro 370 kuasa kuda itu membuat kemunculan rasmi pada tahun 1983 di Rallye Monte-Carlo, sebelum ia diteruskan dengan jentera A2 di mana Hannu Mikkola berjaya meraih kemenangan di Sweden dan Portugal.

Audi dan identiti Quattro itu meninggalkan dunia WRC pada tahun 1987 setelah memperoleh 24 kemenangan daripada 58 kejuaraan rali, dan Quattro kekal menjadi salah satu jentera terpenting di dalam sejarah WRC itu sendiri.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut gambar yang diperoleh laman web AutoExpress UK, Mitsubishi pada ketika itu mempertimbangkan…
Sukan Bermotor
Namun, tidak ramai yang mengetahui susuk tubuh berbangsa Jerman itu sebenarnya pernah berlumba di…
Berita Global
Buku mewarna ini memaparkan beberapa kenderaan ikonik yang pernah dihasilkan oleh Audi seperti…